BETAPA luluhnya hati seorang ibu apabila anak gadis yang baru meniti zaman remaja kini terpaksa memikul tanggungjawab dan memegang status sebagai ‘ibu’.

Terkejutnya bukan kepalang kerana tidak menyangka sama sekali anak perempuannya berusia 13 tahun telah melahirkan bayi di sebuah kampung di Kota Belud, Sabah.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, wanita terbabit terjaga daripada tidur dan mendapati anaknya sedang membersihkan seorang bayi perempuan.

Terkejut dengan insiden tersebut tanpa melenggahkan masa beliau segera membawa gadis dan bayi itu ke Hospital Kota Belud, Kota Belud, Sabah untuk rawatan lanjut.

bayiMenurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dirogol sepupu lelakinya berusia 14 tahun.

“Selain itu, siasatan juga mendapati mangsa dipercayai dirogol sebanyak tiga kali sejak Ogos tahun lalu.

“Bagaimanapun, suspek sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu (Isnin) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau menambah, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

PDRMSetakat ini siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kejadian seumpama ini bukanlah pertama kali berlaku dalam kalangan remaja di negara kita.

Tambahan pula, mereka hamil dan melahirkan anak bukan atas tiket pernikahan yang sah termasuk menjadi mangsa kerakusan ahli keluarga sendiri, umpama ‘haruan makan anak’.

wanita stres sedihAntara insiden:
September 2014
– Pasangan suami isteri terkejut apabila anak perempuan mereka berusia 16 tahun melahirkan bayi lelaki di dalam tandas rumah di Felda Bandar 32, Bera, Pahang pada pukul 5.45 pagi. Remaja itu dikatakan sudah mengandung sembulan bulan, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda sedang hamil.

Iklan

November 2017
– Gadis berusia 15 tahun melahirkan bayi lelaki di dalam sebuah tandas di pusat beli-belah di Kota Kinabalu, Sabah. Remaja itu mendakwa melakukan hubungan seks dengan teman lelaki berusia 17 tahun dan sudah berpisah lima bulan.

Ogos 2020
– Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 32 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu atas kesalahan merogol anak kandungnya sehingga hamil yang berusia 12 tahun ketika kejadian.

Iklan

Mac 2021
– Seorang remaja perempuan dan teman lelaki masing-masing berusia 18 tahun ditahan berhubung kes buang bayi di kawasan semak berhampiran kilang Telok Mas, Melaka. Hasil siasatan mendapati remaja perempuan itu mengaku melahirkan bayi tersebut hasil hubungan sulit bersama teman lelakinya.

April 2021
– Takut dimarahi keluarga seorang remaja berusia 18 tahun tergamak membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan di bahagian belakang rumah keluarganya di Kampung Geliga, Chukai, Terengganu. Dikatakan remaja terbabit melahirkan bayi cukup sifat itu di dalam tandas rumah.

Sehubungan itu, ibu bapa harus memainkan peranan memantau tingkah laku baik anak perempuan mahupun lelaki. Jika perkara sedemikian tidak dibendung bimbang ia membawa kemudaratan bukan sahaja pada empunya diri, malah keluarga, agama, bangsa, masyarakat dan negara.