[VIDEO] Gagal kawal emosi rumah pusaka musnah, penduduk serang bomba. Dakwa lambat sampai padam kebakaran
TUGAS anggota bomba ialah memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran. Gara-gara didakwa lambat tiba ke lokasi kejadian, seorang anggotanya diserang penduduk.
Kejadian yang berlaku di Kampung Belipat, Lawas, Sarawak itu membabitkan seorang anggota yang sedang terlibat dalam tugas pemadaman kebakaran sebuah rumah setingkat ditumbuk lelaki berkenaan dari arah belakang.
Ekoran serangan agresif tersebut, anggota bomba berkenaan mengalami cedera ringan dan telah membuat laporan polis.
Terdahulu, pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.18 petang.
Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke lokasi yang terletak enam kilometer dari balai berkenaan.
Difahamkan, ketika bomba tiba, sebahagian besar rumah yang berstruktur tidak kekal itu sudah musnah.
Kerja-kerja 'fire break' kemudian dilakukan selain teknik 'receo' untuk mengelakkan api merebak.
Penghuni rumah berkenaan yang terdiri daripada empat sekeluarga bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Khirudin Drahman berkata, dalamkejadian kebakaran rumah yang berlaku sekitar jam 3.18 petang itu, salah seorang pegawai bomba yang sedang menjalankan tugas-tugas pemadaman diserang oleh orang awam di tempat kejadian.
Jelasnya, kejadian seumpama ini adalah kali pertama berlaku melibatkan pegawai bomba di Sarawak.
Pegawai bomba yang diserang telah bertindak profesional semasa menjalankan tugas beliau dan bertindak balas melalui saluran yang betul iaitu dengan membuat laporan polis pada jam 9.14 malam tadi.
Bagaimanapun, sekitar jam 12.45 tengah malam tadi, pegawai bomba tersebut atas budi bicara beliau telah menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini setelah menerima permohonan maaf daripada pelaku yang menyesal dan menyedari ke atas kesalahan yang dilakukan oleh beliau ekoran daripada kegagalan beliau mengawal emosi setelah melihat rumah pusaka mereka telah musnah terbakar.
Sehubungan itu, Khirudin berharap masyarakat sentiasa menghormati dan memahami tugas dan tanggungjawab bomba dalam menangani sesuatu insiden terutamanya melibatkan insiden kebakaran dan penyelamatan.
Baca juga [VIDEO] Selamatkan Kucing, Bukan ‘Kakak Bomba’ Tapi Abang
Untuk pengetahuan korang, perlakuan menyerang anggota bomba yang melaksanakan tugas boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Merujuk kepada Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Seksyen 51 menjelaskan bahawa mana-mana orang yang bersengaja, mencaci, menyerang, mengacau, menghalang, menggalang, atau mengganggu mana-mana Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela yang bertindak dalam melaksanakan tugasnya atau mana-mana orang lain yang membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah arahan tertentu Pegawai Bomba melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Video kejadian tersebut berkenaan tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-rata menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Bila tgok video ni gigil rasanya badan..kalau aku kat tempat dia mungkin ada yg mati kena pukul..
Umpama melepaskan anjing tersepit..
Sebab tu bomba x dibenarkan bawa kapak lagi masa menyelamat.. Sebab kapak bila ada kt tangan ni lain mcm jiwanya.. ??? pic.twitter.com/OycPbxYgr5
— Monday Jr. (@MonsterKecil) ?ref_src=twsrc%5Etfw">June 19, 2021
Sumber: Balai Bomba Dan Penyelamat Lawas
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang