Golongan pesakit kronik sangat berisiko dijangkiti Covid-19, wanita ini kongsi kisah duka kehilangan ayah tercinta

Golongan pesakit kronik sangat berisiko dijangkiti Covid-19, wanita ini kongsi kisah duka kehilangan ayah tercinta
Golongan pesakit kronik sangat berisiko dijangkiti Covid-19, wanita ini kongsi kisah duka kehilangan ayah tercinta
A
A
A

SEPERTI ramai sedia maklum, Covid-19 sangat berisiko menyerang golongan seperti kanak-kanak, warga emas berusia 65 tahun ke atas, pesakit dengan penyakit kronik, pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah dan wanita hamil.

Oleh demikian orang ramai terutama golongan berisiko tinggi dinasihatkan untuk menghadkan lawatan ke hospital terutamanya bagi urusan tidak penting (non-essential).

Langkah ini bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 di hospital.

Namun, menjadi seorang pesakit Covid-19 sudah tentu satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan, lebih-lebih lagi jika ahli keluarga atau orang yang kita sayang terpaksa bertarung tanpa ahli keluarga lain disisi saat bertarung melawat virus pembunuh tersebut.

Seperti yang dikongsikan salah seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai @janatunmaqwa, menceritakan bagaimana ahli keluarga yang menjadi mangsa wabak tersebut sehingga meragut nyawa insan yang mereka sayangi.

Mari kita ikuti entri @janatunmaqwa untuk mengetahui pahit getir dia dan keluarga berhadapan Covid-19.

“Hospital Sungai Buloh, wad 4A. Moment yang tidak akan kami lupa sampai bila-bila.

“Lepas magrib tengah baring-baring dapat mesej dalam grup. Semua tak percaya. Ayah pergi tinggalkan kami selepas 10 hari sambut hari jadi yang ke 60.

“Doktor call mak. Cakap waktu dia datang katil ayah, ayah dah tak ada. Ayah pergi senyap-senyap tak susahkan orang. Allahu.

“Pagi Jumaat baru video call ayah. Ayah masih boleh bercakap cuma cepat penat. Oksigen ayah 90 peratus sahaja walaupon dah pakai alat bantuan oksigen.

“Tak dapat cakap banyak dengan ayah. Tapi saya dan Aidin adalah ahli keluarga terakhir yang cakap dengan ayah. Rindunya,” tulisnya di Twitter.

Wanita yang juga dikenali dengan panggilan Aju itu juga mendakwa ayahnya masih mampu bercakap dan membuat panggilan video.

“Ayah pesakit diabetis, capd dialisis, hypertension dan dah buat bypass. Banyak comorbids. Kami sangat risau.

“Doktor juga banyak kali pesan. Prepare for the worst. Tapi kami yakin ayah kuat. Ayah boleh bercakap dekat video call kami ingat ayah getting better.

“Tapi rupanya semangat ayah sahaja yang kuat. Badan ayah dah tak tertanggung semuanya. Kesian ayah. Sekarang Allah dah tarik semua sakit ayah. Semoga ayah tenang je di sana dan dah tak sakit lagi.

“Ayah call Aju. Semangat dia nak sihat. Ayah suruh Aju ajar cara bernafas yang betul. Ayah suruh beli tong oksigen sebab dia nak balik, nak duduk dekat katil rumah sahaja. Kami helpless. Tak tau nak tolong ayah macam mana. Hanya doa dari jauh sahaja kami mampu.

“Doktor cakap, ayah pergi dalam maghrib. Mungkin sebelum maghrib ayah pergi tapi tak ada yang perasan. Nurse jaga ayah pun cakap, hari itu ayah okay je. Cuma ayah ada mengadu SOB. Rezeki ayah nak pergi hari Jumaat. Semoga yang baik-baik untuk ayah.

Tambah Aju lagi keluarganya sedikit beruntung kerana kebetulan pengurus jenazah ayahnya adalah ayah kawan abangnya.

Mereka sekeluarga hanya berpeluang melihat rakaman pengurusan jenazah ayah melalui video yang dirakam oleh kenalan abangnya melalui cermin kaca.

“Kami berpeluang lihat muka ayah dan tengok bagaimana urusan jenazah ayah diuruskan oleh pihak hospital melalui video call dan rakaman video

“Kami boleh tengok muka ayah kali terakhir. Subhanallah. Tersenyum ayah. Tidur dia waktu hidup pon tak setenang itu sebab sakit sahaja. Tenang sangat muka ayah macam tersenyum. Macam tidur yang sangat tenang. Allah dah tarik semua sakit ayah. Allahuakbar.

“Dekat kubur pun mudah sahaja urusan nya. Ayah dimasukkan dalam liang lahad dan ditimbus dengan tanah serta disudahkan tanpa talkin.

“Kami dapat tengok dari luar pagar. waktu itu sebak sangat rasa. Hilang nya seorang ayah yang hebat selamanya. Allahu.

“Kami rindukan ayah. Moga kita berjumpa kembali di syurga Allah yang kekal abadi,” tulisnya.

Lihatlah berapa peritnya ujian yang dihadapi keluarga ini. Saat Allah menguji dengan kehilangan orang yang kita sayang. Sakitnya lebih mendalam daripada sepasang kekasih memutuskan percintaan walaupun dah bertahun bersama.

Jadi, bagi meningkatkan lagi keberkesanan PKP kali ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas.

Selain itu, jangan lupa amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan Covid-19. Ingatlah orang yang tersayang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca