Hafal 30 Juzuk Dalam 9 Bulan 22 Hari, Pelajar MRSM Dedah Tip Khatam Pantas
BUKAN calang-calang yang boleh menghafal dan memahami Al-Quran dalam masa yang singkat kerana ia bukanlah proses yang mudah.
Bukan sekadar menghafal, ia kemudian perlu murajaah atau mengulang bacaannnya semula.
Perkongsian daripada Ketua Penolong Pengarah (Kaunseling) Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Dr Zulkifli Hussain tentang seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra (Ulul Abab), Dany Al Fathoni Khalid yang berjaya menghafal Al-Quran sepantas sembilan bulan 22 hari meraih perhatian ramai.
“Kagum! Saya dimaklumkan Dany Al- Fathoni adalah antara pelajar yang paling laju menghafal Al-Quran di MRSM Ulul Albab.
“Ya! Dalam isu menghafal ini, bukan tahap kelajuan menjadi ukuran. Matlamat penubuhan MRSM Ulul Albab jauh lebih besar daripada itu.
“Tetapi saya tetap rasa nak tahu. Macam mana pelajar ini boleh hafal 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sesingkat itu,” katanya yang bertanyakan rahsia hafalan kepada remaja tersebut.
Dany berjaya yang memulakan hafalan pada Februari 2017 iaitu selepas mendaftar ke maktab dan menamatkan sebanyak 30 juzuk pada November 2017.
Tidak ramai yang mampu menghafal Al-Quran dalam jangka masa sepantas itu, terutamanya apabila pelajar terikat dengan pelbagai subjek akademik serta aktiviti di asrama.
Dany merupakan remaja kelahiran Negeri Sembilan yang kini menetap di Kelantan itu merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik.
Berikut adalah tip daripada Dany yang telah dikongsikan semula oleh Dr Zulkifli.
RAHSIA KEJAYAAN DANY
1)MINAT
“Pada awalnya, Dany dikatakan memasuki ke MRSM atas kemahuan ibu bapa. Namun begitu, dia secara peribadi memang minat dan cintakan Al-Quran.
“Pada saya ini merupakan faktor kejayaan paling asas. Bila kita minat semua jadi, Betul tak?” kongsi Dr Zulkifli.
2)DISIPLIN
“Di MRSM Ulul Albab, pelajar perlu bahagikan masa antara akademik dan aktiviti menghafal Al-Quran.
“Dany mengakui salah satu faktor kejayaanya adalah disebabkan ketahanan untuk mendisiplinkan diri dalam menguruskan masa antara akademik dan al-quran.
“Dia patuh kepada jadual masa sendiri dan jadual harian MRSM. Semasa tahdir (sesi menghafal), beliau betul-betul fokus,” katanya.
3)PENETAPAN MATLAMAT
Menurut Dr Zulkifly, Dany menetapkan matlamat jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang jelas.
Remaja itu pada mulanya menyasarkan matlamat untuk menghafal lima muka surat seminggu dan satu juzuk sebulan.
Antara target Dany ialah menyeimbangkan tasmik dan murajaah. Semasa khatam dia mahu ‘memegang’ sekurang-kurang 10 juzuk.
Bagaimanapun, anak muda itu berjaya menghafal lebih laju daripada matlamat yang telah ditetapkan.
“Dia berjaya menghafal empat muka surat sehari iaitu dua muka surat semasa Subuh dan dua muka surat semasa Maghrib).
“Manakala semasa waktu Zohor, Dany akan murajaah. Dia pernah juga berjaya tasmik lapan muka surat sehari. Huh! Powerrrrr!!!!” kongsi Dr Zulkifli.
Dalam merealisasikan impian, konsisten dan kecekalan amat mustahak.
Sebagai insan yang berpengalaman mengendalikan pelajar MRSM, Dr Zulkifli turut membariskan dua perkara penting dalam menggapai kejayaan dalam akademik.
“Pada saya, untuk berjaya faktor minat jadi perkara asas. Anak-anak perlu ada rasa teruja dengan apa yang mereka lakukan. Keterujaan itu menjadikan mereka mampu bertahan dengan cabaran.
“Kedua adalah faktor strategi. Anak-anak perlu work smart bagi memenuhi matlamat. Mereka perlu tahu strategi yang perlu dikuasai bagi menggapai impian mereka,” katanya.
Ternyata menghafal itu bukan perkara yang mudah. Segala penat lelah pasti berbaloi.
Tahniah buat Dany kerana berjaya menamatkan hafalan dalam masa sesingkat sembilan bulan 22 hari.
Semoga panduan yang dikongsikan Dany mendorong golongan muda untuk menghayati dan mendalami isi kandungan Al-Qura.
Baca juga: Suami Isteri Genggam PhD Usia 26 Tahun, Berkahwin Dan Ada Anak Bukan Penghalang
Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Dr Zulkifli Hussain
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang