EKORAN peningkatan kes baharu Covid-19, rata-rata ibu bapa menyuarakan kerisauan terhadap anak-anak.

Mana tidaknya, kes sudahpun telah mula menular di kalangan guru dan pelajar sekolah.

Turut bimbang dengan peningkatan tersebut, guru Matematik Sekolah Kebangsaan (SK) (1) Gombak, Cikgu Mohd Fadli Salleh tampil menyuarakan kepada ibu bapa jika risau dengan kes di sekitar, mohon cuti saja anak-anak dengan sekolah.

Tulisnya di laman Facebook semalam, di Sabah, seorang guru meninggal dunia akibat Covid-19. Di Penang, lebih 600 murid kena swab test setelah seorang guru didapati positif Covid-19.

“Hari ini, murid-murid sekolah SK Taman Tasik Ampang pula diminta buat swab test selepas guru sekolah tersebut positif Covid-19.

“Sekolah ini tempat berkumpul beribu murid setiap hari. Tempat yang berisiko sangat tinggi untuk menyebaran wabak bila seorang sahaja yang dijangkiti.

“Hari ini juga, di Kuala Nerus, Kuala Terengganu pun dan ada kluster baharu sehingga dua sekolah ditutup,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Lelaki biadab simbah milo ais pada jurutol, ini cerita sebenar

Iklan

Ulas beliau, tak kira pelajar atau kakitangan sekolah, cukup seorang kena, risiko jangkitan terhadap ribuan orang lain memang besar dan ada.

“Aku rasa, patut cutikan dulu sekolah di kawasan yang risiko tinggi. Yang ada kes dalam radius 15KM contohnya.

“Ni dah tahu ada kes di kawasan sekitar pun sekolah tetap buka macam biasa. Entah apa yang hendak dikejar pun tak tahu lah.

“Pembelajaran boleh saja dilakukan secara online macam sebelum ini, bahkan lebih efisien sebab ada pengalaman sebelum ini,” ujarnya.

Menurutnya, pembelajaran secara offline dan offside juga senang dilakukan memandangkan guru-guru ada di stesen masing-masing.

Iklan

“Tapi itulah. Tetap akan ada orang kata cikgu-cikgu seronok sekolah cuti sebab mereka boleh duduk di rumah dapat gaji. Mulut orang tak fikir panjang ni memang sedap je bercakap. Kena kat anak-anak mereka baru tahu.

“Hari ni (semalam) rekod baru tercipta. 432 kes baru!

“Risau kat anak-anak memang ada. Anak aku sendiri aku dah buat surat pada sekolah untuk cutikan mereka memandangkan kawasan sekitar ini pun ada kes,” katanya.

Cikgu Fadli turut menegaskan ilmu boleh dicari, tertinggal belajar boleh dikejar, namun nyawa cuma ada satu. Hilang yang tu tak ada ganti dah.

“Tapi tu lah. Boleh kurangkan risiko anak-anak dengan cutikan mereka, risiko aku pula tetap ada.

“Semoga wabak bahaya ini belalu pergi. Tak sanggup dah nak kena kurung macam tempoh hari,” doanya.