Hampir masuk gaung, anak lintang pukang. Lelaki gaya samseng tunjal kepala wanita bongkar hal sebenar & mohon maaf

Hampir masuk gaung, anak lintang pukang. Lelaki gaya samseng tunjal kepala wanita bongkar hal sebenar & mohon maaf
Hampir masuk gaung, anak lintang pukang. Lelaki gaya samseng tunjal kepala wanita bongkar hal sebenar & mohon maaf
A
A
A

MASIH ingatkah tentang kejadian tular pada awal Jun lalu mengenai lelaki bergaya samseng maki dan tunjal kepala wanita di Jalan Tapah, Cameron Highland?

Ya, kejadian yang berlaku angkara pemandu perempuan bertindak memotong kereta lelaki tersebut dalam keadaan melulu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi warga maya.

Kejadian itu juga menyebabkan lelaki yang juga penyelia kilang, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi dikenakan hukuman penjara selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Tapah.

Dalam perkembangan terbaharu, lelaki berusia 29 tahun itu muncul dalam sebuah video bersama isteri yang sarat mengandung untuk membuat permohonan maaf serta menjelaskan perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

Baca juga Lelaki gaya samseng maki, tunjal kepala wanita cetus amarah ramai, 7 fakta kejadian

 

Menerusi perkongsian video Shahdan di TikTok, Mohammad Zaim turut berkongsi punca kejadian dan mengakui gagal menahan marah ekoran wanita tersebut tidak henti-henti 'menjawab' di atas kesilapan sendiri.

Ujarnya, ketika dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, trafik di Jalan Tapah itu sesak. Ketika sampai di selekoh tajam, kereta wanita itu cuba memotong secara melulu sehingga keretanya hampir masuk ke dalam gaung.

Apa yang membuatkan lelaki tersebut tidak dapat menahan marah adalah kerana perut isterinya yang hamil sudah terkena seat hadapan dan keadaan anak-anaknya lintang pukang pada waktu itu.

Pun begitu, lelaki berkenaan mengakui kesalahan yang dilakukan dan memohon maaf kepada wanita tersebut atas tindakannya tempoh hari.

Baca juga Lelaki gaya samseng tunjal kepala wanita dibebaskan, dipenjara semula kes lempang 2 staf restoran. 9 info mengenainya

Kredit foto: Sinar Harian

Dia juga mengaku dia telah mempelajari sesuatu atas apa yang berlau dan telah mendapat kesedaran ketika dipenjara.

Dalam masa sama katanya, dia tidak menolak untuk membuat laporan ke atas pemandu wanita tersebut selepas ini atas tindakan memandu secara melulu.

Selain itu, Mohammad Zaim turut meminta supaya netizen berhenti mengecam dirinya dan keluarga.

Sumber: TikTok Sahadan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca