CHE NOM, YouTuber masakan yang dikenali di Malaysia. Dengan 1.85 juta langganan di platform itu, Che Nom menjadi perhatian warganet selepas perkongsian resipi dan masakan terbukti menjadi.

Sebagai salah seorang YouTuber yang sudah ‘otai’ dan bergiat aktif sejak tahun 2012 lagi, pemilik nama Norma Bakar itu tentunya berpengalaman luas. Menerima Gold Play Button pada 2021 selepas salurannya mencapai satu juta langganan, Che Nom terpanggil mendedahkan realiti pendapatan sebagai pencipta kandungan.

Ia selepas sebuah portal pekerjaan menyiarkan sembilan kerjaya berpendapatan tinggi di Malaysia yang mana YouTuber terletak pada tangga teratas dengan pendapatan purata RM360,000 sebulan.

Baca juga: Dulu jurutera kini ke dapur, Youtube Che Nom raih 1 juta pengikut

“0.01 peratus sahaja Youtubers yang boleh dapat income macam ni, kalau operate sebagai company, kena ada ada sekurang-kurangnya tujuh video seminggu dan purata views 300,000 ke atas sertiap video.

“Yang sebenarnya purata income Youtubers di bawah paras kemiskinan. Bila ekonomi merosot, syarikat akan kurangkan iklan, RPM jatuh, CPM jatuh, jadi pendapatan Youtubers secara tak langsung akan berkurang. Tahun ni semua jatuh mendadak, CEO Youtube, Susan Wojcicki pening kepala kot sampai letak jawatan,” titip Che Nom.

Berjaya meraih 263,968,549 tontonan sejak 2013, wanita berusia 41 tahun itu mendedahkan kos penghasilan video juga bukan sedikit sementelah masa yang diambil panjang.

Baca juga: Persis Uqasha Senrose, Che Nom dedah wajah buat peminat teruja

“Nak hasilkan satu video perlukan tiga hingga empat hari, research resipi, masak dan shooting, voice over dan editing, final editing, render dan upload.

“Semua ni nak kena hire orang, kalau buat sendiri memang tergolek dog, semua ini kos. Hidup tak ada life, Sabtu dan Ahad kalau tak kerja video tak siap, bak kata Syahmi Shazli 24 jam memikirkan content, Mr Beast pon tidur kat opis aja,” titipnya.

Selain memilik saluran di YouTube, anak kelahiran Kedah Darul Aman ini juga memiliki blog. Dedahnya, pendapatan menerusi blog juga menurun. Malah beliau menyarankan kepada mereka yang ingin menceburi bidang penghasilan kandungan berfikir panjang kerana pendapatan tidak seperti diuar-uarkan sesetengah pihak.

Baca juga: Hati-hati scammer curi duit dalam akaun bank, Che Nom kongsi tip elak ditipu

“Pendapatan sebagai blogger, portal pon jatuh mendadak tahun ni, 2.2 juta pageviews kat https://resepichenom.com , income cuma dalam RM 2,500. Nak bayar server dan admin pun tak lepas. Tak pasti macam mana news portal dan blogger lain survive tahun ni, harap-harap ada income lain selain Adsense.

“Kalau yang ada cita-cita nak jadi Youtubers tu fikir baik-baik, yang diuar-uarkan tu yang berjaya, ramai yang tak berjaya.

“Youtubers masakan pon ramai yang dah menghilang, peluang nak berjaya tu sangat rendah. Kalau tak ada kesunggunan dan minat yang sangat mendalam up to level obsession carilah kerjaya lain yang lebh menjamin masa depan. Ada medical, caruman KWSP dan kemudahan lain seperti cuti tahunan dan cuti sakit,” nasihat Che Nom.

Selain YouTuber, portal pekerjaan berkenaan turut berkongsi info pendapatan bulanan seperti berikut:

1.YouTuber : RM360,000
2.Artis, selebriti dan influencer: RM100,000
3.Ahli sukan/ pemain bola sepak: RM40,000-RM12,000
4.Operator pelantar minyak: RM10,000 -RM30,000
5.Agen hartanah: RM20,000, -RM30,000
6.Founder kosmetik: RM25,320
7.Ejen insurans: RM5,000 -RM10,000
8.Kerja di Singapura: RM10,000

Baca juga: Pendapatan RM71 juta, pengasas Upin & Ipin, Les’ Copaque saluran YouTube Malaysia pertama capai 10 juta langganan

Iklan

Menurut HypeAuditor.com, enam saluran ‘Food and Drinks’ yang mencatat saluran paling banyak dilanggan adalah seperti berikut:

1.Che Nom: 1.9 juta

2.Chienseating: 1.8 juta

3.Buat Orang Lapo: 724,500

4.Ginachiki: 683,500

Iklan

5.Dr Noordin Darus TV: 647,100

6.Cupcake Aishah: 485,000

Baca juga: “Selamat tinggal Didi, Nana, Jojo, Pak Atan…” Peminat sebak baca coretan jatuh bangun pengasas Didi and Friends

Sumber: Che Nom, HypeAuditor.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.