ILMU pelita hidup. Demikian pepatah yang meneguhkan kepentingan ilmu dalam kehidupan. Hanya ilmu yang mampu menghijrahkan manusia daripada kejahilan. Namun ramai yang terjebak dengan trend tidak menyambung pelajaran gara-gara hanya selesa dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meraih pendapatan lumayan.

Pendedahan Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 390,000 pelajar atau 72.1 peratus daripada jumlah lepasan SPM 2019 memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi membimbangkan. Malah trend tersebut berterusan pada tahun 2020 dan 2021.

Apa pun alasannya, Bibir Medah mahu wanita muda sedar keperluan ilmu amat mustahak. Ilmu pengetahuan menjadi panduan buat kita membuat keputusan yang lebih bijak.

Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech

Baca juga: Pelajar cemerlang Malaysia dicalon Sigma Xi, sebaris Albert Einstein

Kredit foto: eminumana (Pexels)

Justeru, usah mudah ‘gelap mata’ meraih wang menerusi laman sosial atau apa juga pekerjaan sehingga melepaskan peluang melanjutkan pelajaran. Wanita wajib berilmu!

Baru-baru ini SinarPlus kongsikan wanita muda bernama Ume Nur Ashikien M Azhar atau lebih dikenali sebagai Ume Cikin yang merupakan pempengaruh di laman sosial TikTok.

Rupa-rupanya beliau ialah seorang bekas siswazah dalam bidang kejuruteraan, tetapi kini terkenal usai memilih kerjaya sebagai content creator (penyedia kandungan).

Baca juga: Tiada aurat dibuka dan tak perlu gedik Gadis graduan kejuruteraan tak kisah jual acar ikan masin kini raih populariti di TikTok

Baca juga:Anak jati Muar Timbalan Ketua Juruteknologi NASA, 6 fakta menarik Florence Tan

Bibir Merah bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan warga siber, Mohd Nizam ini yang mengatakan melanjutkan pelajaran bukan demi sekeping ijazah semata-mata, namun kerana ilmu dan intelek.

Titipan beliau mengenai kepentingan ilmu menarik perhatian warga maya mendapat lebih 27,000 perkongsian.

Ujarnya content creator yang berilmu menghasilkan bahan yang berkualiti. Mengambil contoh Khairul Aming yang muncul sebagai instafamous, pemuda kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu berkelulusan  Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Vanderbilt University, Tennessee, Amerika Syarikat.

Baca juga: Inspirasi! Setahun jual sambal raih RM7.5 juta, Khairul Aming buka kilang di Kelantan

Baca juga: Khairul Aming raih pujian masakkan peminat mengidam air tangannya

Ini Bibir Merah akui, lihat sahaja kandungan media sosialnya. Tidak bersandarkan taktik murahan untuk menaikkan jualan sambal dan dalam masa yang sama memberikan manfaat kepada masyarakat.

Justeru, Bibir Merah menyimpulkan Ume Cikin mahupun Khairul Aming adalah contoh orang berilmu yang mengguna pakai ciri intelek kepada penghasilan bahan media sosial.

Mereka menyusun strategi, bukan menggunakan publisiti yang menjadikan isu kontroversi untuk mengaut jualan dan populariti.

Memang pendidikan dan wang itu penting. Wanita muda dapatkan ilmu dahulu, usah jadikan diri sebahagian daripada statistik di atas. Gilaplah potensi diri dan menjadi wanita perlu berpengetahuan luas.

Baca juga: Soo Wincci kini bergelar Profesor Madya

Baca juga:Antara glamor dan kerjaya, ini semangat Najwa Latif

Akhir kata, wanita muda jadikan mencari ilmu fokus utama. Gapailah ilmu tanpa mengira usia. Usah bertindak semberono ‘memotong sayap’ yang akan akhirnya menggagalkan diri untuk terbang tinggi pada masa hadapan.

Si Bibir Merah: Percaya ilmu dan pendidikan boleh mengubah kehidupan seseorang, bukan pengalaman semata-mata.

Baca juga: Inspirasi! Dr Izazi terima PhD pada usia 29 tahun kini pensyarah di Korea Selatan

Baca juga:Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan