SIAPA tidak kenal watak Upin & Ipin, sejak muncul di televisyen pada tahun 2007, ia muncul sebagai siri animasi yang mendidik anak-anak.

Diterbitkan oleh Les’ Copaque, Upin & Ipin yang berlatarkan suasana kampung yang serba santai diminati seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Baru-baru ini saluran YouTube Les’ Copaque yang mempunyai 16.7 juga langganan meraih Anugerah Diamond Play Button daripada daripada platform penstriman video yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk kejayaan itu.

Baca juga: Kejayaan Upin dan Ipin, ini beberapa faktor mengenai mereka yang ramai tak tahu

Kredit foto: Instagram Les Copaque

Dalam pada itu, Les’ Copaque melalui laman sosial Facebook berkongsi bahawa saluran YouTube miliknya memperolehi pendapatan tertinggi di Malaysia dan berada dalam senarai teratas keseluruhan di Asia dan Oceania iaitu sebanyak AS$16,730,624 (bersamaan RM71,054,960.13).

Baca juga: Peminat di Indonesia dakwa Upin & Ipin kisah benar, siap ada pusara bukti kematian, ini respon ‘Atok’

Kredit: Instagram Upin & Ipin

Les’ Copaque sebelum ini menerima Anugerah Silver Play Button selepas mencapai 100,000 langganan dan Anugerah Gold Play Button selepas ia mencecah satu juta.

Maklumat dikongsikan CashNet itu mendedahkan saluran ChuchuTV adalah saluran kanak-kanak India yang pertama meraih 50 juta langganan dan sekali gus mencatat pendapatan tertinggi di rantau Asia dan Oceania iaitu AS$ 81,625, 917 (bersamaan RM346,665,269.50).

Saluran YouTube Cocomelon dari Amerika Syarikat meraih pendapatan paling tinggi iaitu AS$282.8 juta bersamaan RM1.19 bilion.

Saluran YouTube paling menguntungkan pada waktu ini adalah yang menyasarkan golongan kanak-kanak.

Iklan

Di Malaysia, saluran kanak-kanak yang menjana pendapatan tertinggi selain Les’ Copaque ialah Didi & Friends yang kini berjaya menjana AS$10.56 juta (RM44.85 juta) setakat ini.

Untuk pengetahuan anda, terdapat lima jenis anugerah Play Button diberikan YouTube kepada pencipta kandungan yang mencapai jumlah langganan seperti berikut:

  • Silver Play Button (100,000 langganan)
  • Gold Play Button (satu juta langganan)
  • Diamond Play Button (10 juta langganan)
  • Red Diamond Play Button (100 juta langganan)

Baca juga: Tyka Zatyka tak kisah dianggap menumpang tuah Upin & Ipin

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.