SWEET! Itu perkataan yang sesuai dikatakan dengan situasi lamaran live oleh seorang jejaka terhadap wanita pilihan hati.

Melamar merupakan satu proses yang menjadi kebiasaan bagi seseorang yang mahu berkahwin.

Ia adalah pertanyaan seseorang berkenaan kesediaan untuk berumah tangga dan memikul tanggung jawab sebagai suami atau isteri. Proses melamar ibarat pintu gerbang sebelum sesuatu pernikahan dijalankan.

Melamar boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Mengikut adat dan kesopanan masyarakat Melayu, biasanya proses melamar melibatkan campur tangan pihak keluarga.

Namun sedikit berbeza dengan seorang jejaka dikenali ramai iaitu unsung hero kelahiran Melaka yang pantas hulurkan bantuan semasa banjir, Abang Viva.

Baru-baru ini nama Abang Viva atau Azwan Omar kembali mencuri perhatian ramai apabila bertindak membuat kejutan untuk kekasihnya secara ‘live’ di TikTok.

Bukan sahaja baik hati membantu orang ramai ketika banjir, malah boleh tahan ‘sweet’ juga Abang Viva ya.

Menerusi video yang dikongsi pengguna @Ariana, dapat dilihat Abang Viva dengan selamba mengeluarkan cincin dan melamar kekasih hati sehingga membuatkan wanita itu terkejut.

Baca juga Beza usia 62 tahun, lelaki 90 tahun kahwini bekas kakak ipar 28 tahun

Abang Viva

Bagaimanapun, selepas beberapa kali lamarannya dianggap seperti ‘main-main’, pemuda tersebut terus memanggil nama penuh wanita itu yang dikenali sebagai Evanoza dan bertanyakan semula sama ada dia sudi menerima ataupun tidak.

Pun begitu, wanita tersebut dengan malunya memaklumkan bahawa Abang Viva itu sendiri tahu jawapannya dan tidaklah perlu dia ungkapkan lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan mereka selepas ini dipermudahkan dan cepat melangsungkan pekahwinan.

Ujar mereka;

“Sian pulak Abang Viva… Terima jer lah… Abang Viva baru nak sweet dalam TikTok.”

Iklan

“Lawala akak tu… Huhai. Dua-dua orang baik, semoga bertemu jodoh.”

“Abang Viva dah tukar jadi Abang Eva… Suami isteri yang bahagia jika dah kawen nanti. Percaya cakap saya ni.”

Baca juga [VIDEO] Wanita ini sanggup ‘terbang’ ke Mesir semata-mata pembedahan lasik yang berharga RM700

“Lamar ikut SOP ke ni Bang Viva.”

Iklan

“Ajal dan jodoh ALLAH yang tentukan, kita hanya mmpu berusaha, berdoa padaNYA, semoga mereka dipertemukan jodoh.”

“Alaa sweet sangat.. sekarang tukar Abang Viva pada Abang Eva.”

@arianaeveeSemoga cepat2 kahwin aminnn☺️☺️

♬ Dj Pargoy Jedag Jedug Terbaru Anti Senggol (Full Bass) – Arkadimitrie

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.