Penumpang, kawan sengaja tinggalkan 'barang'? Hati-hatilah... pesan peguam ini
MENCARI rezeki dengan menjadi pemandu berbayar seperti teksi atau e-hailing antara kerjaya biasa dalam kalangan masyarakat kita pada masa ini.
Masa yang fleksibel untuk berkerja sangat menyenangkan bagi mereka yang senang mencari rezeki dengan medium tersebut.
Kadangkala pula diberikan tip oleh penumpang yang tidak berkira. Ya, rezeki boleh dikatakan antaranya tidak terduga.
Begitupun, berhati-hatilah apabila anda bekerja sebagai pemandu yang mengambil 'pelbagai jenis' orang awam. Ya, kita memang ikhlas dalam berkerja.
Bagaimanapun, ada juga yang mahu mengambil kesempatan pula hingga diri sendiri 'terkena'. Oleh itu, berhati-hatilah...
Itu peringatan peguam yang bernama Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar ini.
Berkongsi satu kes lelaki yang bebas daripada pertuduhan memiliki dadah, berikut pesanan berguna yang dititipnya buat mereka yang bekerja membawa penumpang:
"29.5.2020..Faizal dibebaskan daripada pertuduhan mandatori mati s 39b Akta Dadah Merbahaya 1952.Fakta kes, Faizal merupakan pemandu teksi klia.. Sebelum tangkapan ada penumpang afrixan naik teksinya..
Selepas tu dlm perjalanan pulang.. Kena cekup.. Ada 1kilo dlm bonet.. Lama juga dia merengkok di sg buloh.. Hari ni bebas.. Nasihat saya kepada kwn kwn dan yg memandu grab dan teksi, hati hati tentukan penumpang tak meninggal kan atau tertinggal barang barangnya.. Naya
Oh ya lepas ni.. 1hb jun.. Dadah dlm beg lepas tu dadah dlm bilik lepas tu dadah dlm kereta sewa.. Lepas tu.. Malas nak ingat.." kongsi Ahmad Zaharil di Facebooknya baru-baru ini yang tular.
Lagi kes berkaitan dadah... Bukan setakat itu, beliau turut mengingatkan kepada penuntut di pusat pengajian tinggi yang juga tidak mustahil boleh berdepan kes seumpamanya.
"Semalam saya berkongsi pengajaran hidup.. Bagaimana faizal seorg pemandu teksi terpelosok kedalam penjara sg buloh kerana dadah dijumpai didalam teksinya.. Dan mengambil masa 2thn perbicaraan.Buat kali ini pula.. Kes terjadi di sebuah universiti di serdang.. Nak jadi cerita 2org sahabat ni tinggal di dorm asrama.. Dan selalu kawan keluar masuk melepak.. Termasuk dtg main play station
Tup tup polis serbu jumpa dadah dlm almari 2kilo.. Walaupun akhirnya menang dan bebas.. Tapi disebabkan percayakan kawan merengkok 1 1/2 thn di university sg buloh.
So pada adik adik yg duduk dorm tu hati hati memilih kawan klu mencurigakan jauhkan diri dan tentukan jgn bagi org tumpang beg di dorm anda," kongsinya.
Nasihat SinarPlus, beringatlah dengan siapa kita berkawan dan siapa yang dekat dengan kita ya. Buat masyarakat terutama anak muda, ambillah pengajaran daripada perkongsian ini. -AG #rantaiankasih
Foto: grab-driver.com
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang