KERJAYA sebagai pegawai keselamatan selalunya dipelopori kaum Adam. Namun, wanita dari golongan muda juga tidak ketinggalan untuk turut sama bekerja mengisi jawatan itu.

Seorang pengawal keselamatan, Nurul Nazifah Zahari, 23, yang merupakan ibu tunggal kepada dua cahaya mata reda dengan ketentuan rezeki buatnya.

“Memang ada yang pandang rendah, gelarkan pekerjaan saya ‘low class.’ Malah ada yang kata ia tidak sesuai dengan saya, namun saya anggap sudah ditakdirkan mencari rezeki dalam bidang ini,” katanya.

Baca juga: [VIDEO] Straight ‘A’ UPSR Hingga SPM, Pelajar Cemerlang Jadi Pengawal Keselamatan Demi Rezeki Halal

Terdahulu Wanita yang tinggal di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang itu berkongsi kisahnya di laman sosial TikTok.

Video yang mendapat perhatian pengguna media sosial, malah membuat video menjawab pertanyaan orang ramai mengenai pekerjaannya yang meraih lebih 500,000 tontonan.

Dalam video berkenaan, wanita tersebut menjawab persoalan warganet mengenai bidang pekerjaannya.

Kata Nazifah, dia melakukan tiga pekerjaan termasuk perniagaan dalam talian.

“Hina sangat ke kerja security ini? Tak apa kerja mana-mana pun, asalkan duit masuk daripada duduk rumah goyang kaki. Tak dapat hasil,” katanya.

@mamamuda2709Balas kepada @wlgvafwfgvfg

♬ bunyi asal – MaMa muda – nurul nazifah

Dia yang kini bertugas di sebuah sekolah di Kuantan berkata, dia tidak pernah malu hanya kerana mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan sebaliknya seronok dengan pekerjaannya itu.

Terdahulu, Nazifah bertugas di sebuah hospital selama dua tahun yang nyata memberikan pengalaman berbeza.

“Di hospital lebih mencabar. Saya pernah ditampar pelawat yang enggan mengikut peraturan waktu melawat. Ia pengalaman yang tidak pernah buatkan saya serik,” katanya.

Iklan

“Apa pun, saya bersyukur kerana ada pekerjaan ketika ramai dibuang kerja akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Baca juga: [VIDEO] Mengidam Bau Tar Jalan, Suami Pasrah Layan Kehendak Isteri Sedang Hamil

Kata Nazifa, ramai yang memandang hina sebaik mengetahui dia bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk orang terdekat. Namun ibu kepada dua cahaya mata berusia lima dan tujuh tahun itu tetapi dia tidak mengambil serius pandangan itu sebaliknya mengambil sudut yang positif.

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Tetap Komited Belajar Kelas Online Sambil Bekerja, Komitmen Food Rider Bikin Ramai Sebak

Katanya, dia hanya mahu perkara positif mewarnai kehidupannya. Bahkan pengawal keselamatan adalah pekerjaan halal yang tidak perlu dipertikaikan sesiapa.

Rata-rata wargamaya memberikan sokongan kepada ibu muda ini agar teruskan mencari rezeki halal dan tidak mengendahkan kata-kata orang yang negatif.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: @mamamuda2709