MEMBANGGAKAN! Tan Sri Michelle Yeoh muncul sebagai wanita Asia dan Malaysia pertama memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023).

Kelahiran Ipoh, Perak, bintang Hollywood itu meraihnya menerusi filem ‘Everything Everywhere All at Once’.

Di dalam ucapan ketika menerima trofi, pelakon berusia 61 tahun itu mendedikasikan kemenangan itu kepada ibu tercinta, Datin Janet Yeoh, 83.

Kredit foto: AP

“Saya perlu mendedikasikan ini kepada ibu saya dan semua ibu di dunia kerana mereka adalah wira-wira dan tanpa mereka tiada seorang pun daripada kita akan berada di sini malam ini.

“Untuk semua anak muda lelaki mahupun perempuan yang menonton malam ini, (kejayaan) ini adalah nyalaan harapan dan kemungkinan. Ini adalah bukti bahawa impian boleh menjadi menjadi kenyataan.

Baca juga: Kelahiran Ipoh, Miss Malaysia 1983, 15 info menarik Michelle Yeoh rakyat Malaysia pertama tercalon Pelakon Wanita Terbaik Oscar

Kredit foto: AP

“Dan wanita-wanita, jangan biarkan sesiapa memberitahu anda telah melepasi masa untuk menggapai kejayaan,” tutur Michelle.

Selepas siaran itu, Michelle mengejutkan ibunya dengan panggilan video untuk memberitahunya tentang kemenangan itu.

Kredit foto: AP

Di Kuala Lumpur, Janet dan keluarga mereka menyaksikan siaran langsung dalam majlis bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

Antara selebriti tempatan yang hadir bersama Janet menyaksikan detik bersejarah itu termasuk Amber Chia, Nasha Aziz, Sangeeta Krishnasamy dan Henley Hii.

Baca juga: Wow! Michelle Yeoh menang trofi Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe

Kredit foto: AP

Dalam majlis yang sama, Nancy menyampaikan Anugerah Wanita Kasih Unggul kepada Janet sempena Hari Wanita Antarabangsa.

“Saya sangat gembira dengan kejayaan Michelle. Dia menang anugerah itu kerana dia seorang yang rajin. Anda boleh lihat dalam caranya bertarung dalam filem dan caranya beraksi. Dia sangat cantik, berbakat dan bijak,” tambah Janet.

Kredit foto: AP

Meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Michelle mengalahkan empat lagi calon lain yang tidak kurang hebatnya iaitu pelakon aktres hebat Cate Blanchett , Ana De Armas, Michelle Wiliams dan Andrea Riseborough.

Iklan

Kejayaan Michelle ini juga bukan calang-calang kerana beliau menjadi wanita bukan kulit putih pertama yang memenangi kategori itu selepas selang masa dua dekad, sejak Halle Berry memenanginya pada tahun 2002.

Januari lalu, wanita kelahiran Ipoh, Perak itu meraih kemenangan beberapa anugerah yang lain seperti Anugerah Golden Globe dan juga Pelakon Wanita Terbaik, Screen Actors Guild Awards ke-29.

Baca juga: Michelle Yeoh dinobat Ikon 2022 majalah Time, 7 fakta menarik mengenainya

Kredit foto: AP

Beliau juga dinobatkan oleh majalah antarabangsa terkemuka, Time sebagai Ikon Tahun 2022 atas sumbangannya kepada industri perfileman.

Iklan

Baca juga: Michelle Yeoh sertai kerja pembersihan di Taman Sri Muda

Sumber: The Star, AP

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi