KELAHIRAN Ipoh, Perak, bintang Hollywood Tan Sri Michelle Yeoh muncul sebagai rakyat pertama tercalon Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Oscar.

Oscar yang merupakan majlis anugerah Amerika Syarikat tahunan yang dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman untuk mengiktiraf kecemerlangan sinematik dalam industri filem negara itu.

Michelle Yeoh menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk peranannya dalam ‘Everything Everywhere All at Once’.

Baca juga: Wow! Michelle Yeoh menang trofi Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe

Lebih membanggakan beliau adalah pelakon Malaysia dan Asia pertama yang dicalonkan dalam kategori ini di Anugerah Akademi.

Berikut 15 fakta menarik mengenai Michelle Yeoh yang membanggakan rakyat Malaysia:

1-Yeoh dilahirkan pada 6 Ogos 1962 di Ipoh, Perak dan merupakan anak kepada Janet Yeoh dan Yeoh Kian-teik. Bapanya seorang peguam dan aktif dalam Malaysian Chinese Association (MCA).

2-Bintang berbakat ini menerima pendidikan awal di Main Convent Ipoh. Pada usia 15 tahun, Yeoh berpindah bersama ibu bapanya ke United Kingdom, di mana beliau melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh perempuan.

Baca juga: Michelle Yeoh dinobat Ikon 2022 majalah Time, 7 fakta menarik mengenainya

3- Yeoh kemudiannya menuntut di Royal Ballet School UK di London dalam jurusan balet. Cita-citanya untuk menjadi penari balet profesional terhalang kerana kecederaan tulang belakang. Namun wanita ini tidak putus asa dan mengalihkan minat kepada bidang koreografi dan seni yang lain.

4- Beliau menerima ijazah dalam seni kreatif dengan minor dalam drama pada tahun 1982.

5-Pada tahun 1983, pada usia 20 tahun, Yeoh memenangi pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World.

6-Beliau merupakan wakil Malaysia pada pertandingan ratu cantik Miss World 1983 di London.

7-Tahun itu juga beliau juga memenangi Miss International Tourism Quest.

Baca juga: Pelakon legenda terima ijazah kehormat AFI, 9 info menarik Michelle Yeoh

8-Sejak itu, namanya semakin melonjak naik hingga membintangi beberapa filem bersama Jackie Chan pada pada 1990-an seperti Yes, Madam (1985), Police Story 3: Supercop (1992). ) dan Holy Weapon (1993). Menariknya menerusi filem-filem ini Yeoh melakukan aksi stunt sendiri.

9- Yeoh melangkah lebih jauh dan semakin dikenali selepas menjadi gadis Bond dalam James Bond Tomorrow Never Dies (1997) dan filem aksi Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000). Peranannya itu membawanya ke puncak hingga tercalon Pelakon Wanita Terbaik BAFTA.

10-Antara filem yang menaikkan pelakon ini ialah Memoirs of a Geisha (2005), Reign of Assassins (2010), Kung Fu Panda 2 (2011), Crouching Tiger, Hidden Dragon: Sword of Destiny (2016) dan The Lady (2011) yang mana Yeoh membawa watak Aung San Suu Kyi.

Iklan

Baca juga: Michelle Yeoh sertai kerja pembersihan di Taman Sri Muda

11-Pada tahun 2017, babak Yeoh menyebut Pulau Langkawi dalam siri Star Trek: Discovery menjadi perhatian ramai dan tular di laman sosial.

12-Yeoh baru-baru ini mencipta satu lagi sejarah buat dirinya apabila dia dinobatkan pula sebagai pemenang Anugerah Golden Globe untuk filem Everything Everywhere All At Once.

13-Beliau juga dinobatkan oleh majalah antarabangsa terkemuka, Time sebagai Ikon Tahun 2022 atas sumbangan besarnya kepada industri perfileman.

Baca juga: Gadis ini cipta sejarah jadi peserta ratu cantik bertanding dengan wajah tanpa solekan

Iklan

14-Pada 22 Mei 2012, Yeoh telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk Seri sempena hari keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

15-Pada 1 Jun 2013, Yeoh telah dianugerahkan Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tan Sri Michelle Yeoh kerana terus mengharumkan nama Malaysia dan seluruh komuniti Asia. Semoga anugerah Oscar pada Mac nanti menjadi milik beliau.

Baca juga: Bibir hampir ‘perfect’, hidung terletak, wajah wanita ini dinobat tercantik di dunia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi