PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) berikutan pandemik Covid-19 menyaksikan sesetengah rakyat terjejas pendapatan memandangkan beberapa sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi.

Bahkan, sampai satu tahap ada yang terpaksa mengangkat bendera putih memerlukan ihsan daripada insan sekeliling membantu menghulurkan bekalan makanan dan keperluan asas.

Pun begitu, enggan berpeluk tubuh golongan terjejas bangkit melakukan pelbagai pekerjaan demi kelangsungan hidup.

Inilah yang dilakukan oleh seorang wanita. Kegigihannya mencari rezeki di tepi jalan sambil membawa anak kecil meraih perhatian warga maya.

Video dikongsikan pengguna Instagram dikenali sebagai @dura_inlove memaparkan kegigihan seorang ibu menjual pelitup muka dan tisu.

Menurutnya, kejadian tersebut dikatakan berlaku di persimpangan Jalan U-Thant, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Paling menyentuh hati apabila melihat ibu terbabit memegang sekeping bunting tertera ayat, ‘Hi, assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya menjual tisu dan face mask’.

Bersebelahannya pula kelihatan anak kecil di dalam kereta sorong bayi.

Menurut @dura_inlove: “Tadi keluar pergi beli groceries, nampak kakak ni dan anaknya jual mask kat T- Junction traffic light jalan U-Thant.

“Sebak rasa. Seeing something like this, hope will be my last. Ada yang lebih struggle cari rezeki dari kita.”

Video tersebut turut dimuatnaik seorang pengguna Facebook, M.n. Adzhar.

“Ya ALLAH…Kau berikanlah dia kemurahan rezeki-MU dan kesabaran dalam mengharungi kehidupan ini. Berikanlah dia kebahagian seperti mana KAU berikan aku kebahagian dalam hidup ini.

“Runtuh luluh betul hati aku melihat kesungguhan dia mencari rezeki yang halal sambil diperhatikan anak kecil.

“Sahabat sahabatku sekalian, jika kalian nampak atau berdekatan dengan dia, bantulah dia. Beli walau kalian tidak memerlukannya. Semoga kalian dilimpahkan kemurahan rezeki oleh ALLAH SWT. Insya-ALLAH,” tulis beliau.

Baca juga Kanak-kanak lelaki sanggup panjat bumbung, kibar bendera putih bantu nenek

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dura Ramli ❤️ (@dura_inlove)

Rata-rata warga maya tersentuh menonton rakaman berdurasi 29 saat itu.

Titip warganet:
– “Yang nampak puan ni boleh bantu, mencari rezeki sambil bawak anak.”

– “Semoga dipermudahkan dan diperluaskan rezeki.”

Iklan

– “Ya ALLAH …limpahkanlah rezeki yang luas untuk akak ni..Aamiin Ya ALLAH.”

– “Jom support peniaga kecil tepi jalan. Semoga ALLAH permudahkan rezeki mereka.”

Diharapkan perkongsian itu secara tidak langsung memberi inspirasi buat kita agar tidak berputus asa mencari rezeki dalam tempoh pandemik Covid-19.

Sumber: Facebook M.n. Adzhar, Instagram @dura_inlove