HATI ibu mana yang tidak terusik apabila anak ditatang bagai minyak yang penuh sejak dilahirkan bersikap acuh tak acuh dan mengambil ringan.

Lebih-lebih lagi melibatkan perihal kesihatan semasa pandemik Covid-19.

Inilah situasi dialami seorang warga emas yang menzahirkan rasa sayu apabila anaknya memberikan alasan sibuk untuk menghantar ke pusat vaksinasi.

Barangkali, enggan membatalkan janji temu bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, maka wanita terbabit bergantung harap pada ihsan menantu.

Pun begitu, perasaan sedih tetap menjentik hati apabila dikatakan menantu membawanya ke pusat vaksinasi dalam keadaan ‘keterpaksaan’.

vaksinArtikel berkaitanE-Sisipan HEADLINES #SiBibirMerah: Warga Emas Tak Perlu Risau Suntik Vaksin. Rujuk Pakar, Usah Percaya Dakyah

Momen tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial TikTok dikenali @lilowhoeversheis baru-baru ini.

Menerusi rakaman sebuah video, @lilowhoeversheis yang bertugas di pusat vaksinasi menceritakan pengalaman ketika membantu mengendalikan urusan warga emas terbabit.

“Seorang makcik tua duduk di depan saya untuk ambil kad vaksin. Sempat meluahkan.

“Katanya anak dia sibuk sangat nak hantar pergi vaksin. Jadi menantu hantarkan. Itupun merungut. Sampai makan pun tak sempat,” tulisnya.

 

warga emas video
PENGGUNA laman sosial dikenali sebagai @lilowhoeversheis berkongsi video pengalaman mengendalikan warga emas yang sayu di TikTok baru-baru ini.

Tambahnya, biarpun sebak mendengar perkongsian cerita warga emas tersebut, tetapi beliau cuba mengawal perasaan.

“Saya cuba sorok perasaan sedih. Korang please jangan buat mak ayah macam ini okey. Kesian tau.

“Jadi saya tinggalkan kerja kejap dan temankan dia keluar jumpa menantu di tempat menunggu.

“Sempat pesan tolong jangan cakap apa-apa kat menantu saya ya. Nanti saya kena marah,” ceritanya lanjut.

Perkongsian video yang mendapat lebih 46,000 jumlah tanda suka itu turut menerima 3,634 komen daripada warga maya.

ibu anak
 TERUSLAH berbakti dan limpahkan kasih sayang baik kepada ibu bapa kandung mahupun mentua.

Rata-ratanya berkongsi rasa sayu, apatah lagi mengenangkan ibu bapa di kampung.

Antaranya menulis:
– “Bertuahlah dapat duduk bersama ibu bapa. Kita yang duduk jauh roger jiran untuk tolong bawakan mak ayah pergi vaksin sebab duduk lain negeri.”

– Saya nak sangat balik hantar parents pergi vaksin, tetapi apakan daya tahun ini tak balik lansung. Selalu kalau kena ambil ubat dekat hospital pun saya usahakan balik, tapi…”

Iklan

– “Andainya anak dia tahu betapa sakitanya rasa bila mak dah tiada di dunia ini.”

– “Tolonglah jangan ada yang buat mak macam ini. Kalau mak dah tiada pasti korang menyesal tak sudah.”

– “Saya bertugas di pusat vaksin banyak juga jumpa kes macam ini. Kesian sangat apabila mereka datang sendiri lepas itu tangan bergegar-gegar sebab terlalu nervous dan sakit.”

– “Kata suami saya, anak yang berjaya adalah anak jaga orang tuanya. Bukan berpangkat dan bergaji besar.”

Diharapkan perkongsian video tersebut menjadi iktibar dan peringatan buat kita supaya terus berbakti baik kepada ibu bapa kandung mahupun mentua.

Iklan

Kadangkala sokongan moral dan perhatian yang dipamerkan anak-anak sudah memadai untuk mengukir senyuman pada wajah mereka.

Terima kasih kepada frontliners dan petugas di pusat vaksinasi yang sentiasa memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat khususnya terhadap warga emas.

Artikel berkaitanMoyang 171 Cicit Lengkap 2 Dos Vaksin Covid-19, Mahu Jadi Contoh Anak, Cucu

Sumber: TikTok dikenali @lilowhoeversheis

@lilowhoeversheisPls gais jgn nyesal kemudian hari😢 ##fyp ##vaccine ##sad ##bekind ##HotlinkEverydayCEO ##buwatjetiktok♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾