MENGHADAPI pemergian insan tersayang adalah situasi yang amat memilukan. Sedih dan sebak yang dirasai sukar diluahkan, hanya tangisan dan air mata menjadi saksi betapa hancurnya hati menerima kenyataan orang yang dikasihi tiada lagi.

Lebih-lebih lagi kematian yang berlaku ketika pandemik ini yang membataskan keluarga untuk memberikan pelukan dan kucupan terakhir kepada jenazah pesakit Covid-19 kerana prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat.

Demikianlah situasi yang dihadapi sebuah keluarga tatkala saudara mereka tewas kepada Covid-19. Video yang memilukan itu dikongsikan pengguna TikTok @angahhbo baru-baru ini tular di laman sosial.

Kedukaan tidak dapat dibendung lagi tatkala mendengar teriakan seorang ibu tua yang amat merasai pemergian anaknya tatkala van jenazah yang melintasi kediaman membuatkan ramai sebak.

Momen memilukan itu turut menyaksikan ahli keluarga cuba menenangkan kesedihan antara satu sama lain.

Menerusi satu hantaran Facebook oleh anak saudara arwah, difahamkan arwah, Allahyarham Abdul Aziz Bin Bulat, 59, dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung.

Beberapa hari di hospital, doktor mengesahkan arwah positif Covid-19 dan kesihatannya semakin merosot hingga menghembuskan nafas yang terakhir pada 31 Julai 2021 jam 5.40 pagi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Jenazah dapat dibawa pulang ke Melaka tapi terus ke tanah perkuburan. Urusan sangat mudah dan lancar. Alhamdulillah.

“Yang mendoakan terima kasih banyak-banyak, hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa anda semua,” tulisnya.

Momen yang paling menyedihkan ialah apabila ibu kepada arwah menangguhkan untuk memanaskan rendang seolah-olah merasakan arwah akan pulang dalam masa terdekat. Namun tiada siapa menyangka anak yang ditunggi-tunggu pulang sebagai jenazahnya.

“Yang paling sedih pada 30.7.2021, nenek nak panaskan rendang yang dia simpan dalam peti ais untuk arwah. Tapi nenek tak jadi panaskan, nenek kata kot-kot arwah balik lagi satu atau dua hari.

Iklan

“Nenek simpan balik dalam peti ais. Nenek minta belikan ikan, ayam. Nenek dapat rasa macam arwah nak balik satu atau dua hari lagi.

“Rupanya ,memang arwah nak balik tapi dalam keadaan macam ni. ALLAHU, memang tak boleh lupa, akan jadi ingatan sampai bila-bila,” katanya.

@angahhbo31 julai 2021..tenanglah abdul aziz bin bulat..covid is real..##covid19 ##xyzbca ##fyp ##fypシ♬ original sound – SAS

Iklan

Semoga keluarga ini diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan.

Sehingga 2 Ogos 2021, sebanyak 9,403 kes kematian dilaporkan yang diakibatkan oleh jangkitan Covid-19. Semalam juga jumlah kematian yang dicatatkan iaitu sebanyak 219 kes.

Sumber: Tiktok @angahhbo, Facebook Ibunda House