‘Ikan keli organik masak kicap’ jadi buruan penduduk Kota Bharu

A
A
A

GARA-GARA memuat naik resipi istimewa ‘ikan keli organik masak kicap’ di laman sosial Januari lalu, kini pengusaha ikan keli organik bergelar cef dan tak menang tangan memenuhi tempahan!

Itu lah yang berlaku kepada Nik Khairina Nik Abdul Razak apabila tercetusnya idea juadah ringkas itu berikutan bekalan stok ikan terbabit hanya perlu ‘disauk’ dari sangkar miliknya yang diusahakan sejak dua tahun lalu.

‘Ikan keli organik masak kicap’ jadi buruan penduduk Kota Bharu

Memetik laporan portal media tempatan, menurut wanita awal 40-an itu, kini bilangannya ikan keli organik dalam sangkar miliknya sudah mencecah hampir 300,000 ekor.

Ibu kepada tiga orang anak itu turut mengakui, tidak menyangka resepi masak kicap mengikut cita rasanya itu dapat memenuhi selera orang ramai sehingga mendapat tempahan mencecah 150 bungkus sehari daripada pelanggan.

‘Ikan keli organik masak kicap’ jadi buruan penduduk Kota Bharu

"Saya sebelum ini tidak pernah menceburi bidang masakan… hanya menjadi cef di rumah untuk  mengisi perut suami dan anak-anak, malah saya tidak pernah sesekali menyangka percubaan menjual nasi berlaukkan ikan keli masak kicap ini rupanya dapat memenuhi cita rasa ramai.

"Tambahan pula, selama ini saya hanya memfokuskan perniagaan ikan keli organik sejuk beku untuk dipasarkan di pasar raya terutama di ibu negara, namun sejak sebulan lalu timbul idea untuk saya mengembangkan perniagaan dalam bidang masakan,” katanya.

Difahamkan jualannya berdasarkan konsep makanan bawa pulang serta turut menawarkan khidmat penghantaran kepada pelanggan di sekitar Kota Bharu.

‘Ikan keli organik masak kicap’ jadi buruan penduduk Kota Bharu

Untuk perancangan akan datang, beliau juga bercadang untuk mengembangkan perniagaannya dengan membuka kafe selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti.

“Pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih tahap kepedasan set ikan keli yang turut disajikan dengan telur asin dijual pada harga RM8 sebungkus selain saya turut menawarkan menu ayam kicap bagi pelanggan yang tidak makan ikan keli, juga pada harga yang sama,” katanya.

Beliau berkata dalam masa yang sama perniagaan itu juga dapat membantu anak sulungnya, Wan Faten Nurnisa Wan Nazaruddin, 22, meraih pendapatan selepas menamatkan pengajian Diploma Komunikasi Kewartawanan di sebuah universiti pada Januari lalu.

“Selepas anak sulung saya menamatkan pengajian, beliau sukar untuk mendapatkan pekerjaan susulan penularan Covid-19 dan pelaksanaan PKP walaupun telah banyak kali menghadiri temu duga.

“Jadi dengan adanya perniagaan ini sedikit sebanyak dapat membuka ruang kerjaya kepadanya yang turut membantu saya dalam perniagaan ini, walaupun berbeza dengan bidang yang dipelajarinya,” katanya yang kini mempunyai lima pekerja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca