BERTUAHNYA ibu dan bapa yang mempunyai anak yang baik. Lebih membahagiakan, biarpun jauh dari pandangan, namun hati si anak tetap ingat pada kedua orang tua yang melahirkan dan membesarkannya.

Pastinya kebaikan itu agak sukar dilakukan oleh seseorang anak tanpa didikan terbaik yang diberikan oleh kedua orang tua sejak kecil. Untungnyalah siapa yang dapat ibu bapa sebegitu.

Macam tu jugaklah sebaliknya kan…?

Itu pandangan yang dikongsikan seorang surprise planner Siti Sarah Abdul Shukor, 24, dari Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang ini apabila video berkaitan yang sangat menyentuh hati dirakamnya sendiri, tular sejak semalam hingga hari ini.

Menjadi surprise planner sejak 2017, pengalaman ‘mengejutkan seseorang’ seperti diminta seorang pelanggannya semalam, antara yang menyebakkan dirinya sendiri.

Padanlah sehingga tengah hari ini, video dan status yang dikongsikannya tentang sepasang suami isteri yang buta kedua belah mata mendapat lebih 25k perkongsian.

Video memperlihatkan bagaimana Siti Sarah ‘mengejutkan’ pasangan tersebut dengan pemberian hadiah sempena hari jadi anak mereka yang dikenali dengan nama Rafidah yang tinggal berjauhan.

Uniknya di hari jadi Rafidah, beliau sendiri yang dikatakan bekerja dan tinggal di sekitar ibu negara memberikan hadiah kejutan kepada ibu bapa istimewanya itu.

Lebih menyentuh hati warganet apabila Siti Sarah membacakan kiriman ucapan yang ditulis oleh Rafidah buat ibu dan bapanya:

Berikut kiriman ucapan tersebut yang dikongsikan Siti Sarah kepada SinarPlus:

 

NAMA PENERIMA: Pakcik Jaafar & Makcik Hamidah

UCAPAN PADA KAD (KALAU ADA): Assalamualaikum mak abah..
Hari ni birthday kakak..
Terima kasih mak abah..
Terima kasih atas semua pengorbanan mak abah lahirkan kakak, besarkan kakak, didik kakak, sentiasa lindungi kakak, sentiasa jadi hero dan heroin terbaik kakak..
Walaupun Allah bg macam2 ujian tp mak abah semampunya nak bagi kakak ada macam anak2 org lain ada.. Alhamdulillah..
Terima kasih mak abah..
Kakak bahagia hari ni atas doa dan restu mak abah..
Kakak dapat jodoh yg sangat baik pun atas doa mak abah tiap2 hari..
Kakak jadi nurse hari ni pun atas doa mak abah..
Banyaknya pengorbanan mak abah untuk kakak..
Maaf kakak tak mampu nak balas walau sikit pun..
Nanti ada rezeki Allah izin kita jumpa na..
Rindu mak abah..
Sayang dua2..

DARIPADA : Your Only Daughter – kakak

“Kami doakan moga kakak bahagia. Terima kasih banyak,” balas sang ibu…

Iklan

Tak tahan sebak

Menurut Siti Sarah, sebenarnya beliau sendiri sebak nak bacakan ucapan ni pada pasangan itu.

“Tapi disebabkan anaknya (Rafidah) dah bagi tahu keadaan ibu bapanya, jadi sebelum tu lagi saya sudah ‘kuatkan’ diri.

“Mana taknya, kita sendiri pun ada ibu bapa. Kadang kita pun terlupa untuk menghargai mereka. Tapi ni memang bagus anaknya. Tetap tak lupa ibu bapanya walaupun mereka dalam keadaan begitu,” katanya kepada SinarPlus lagi.

Kongsi Siti Sarah, antara yang dikirimkan oleh anak pasangan yang tinggal di Permatang Pauh terbabit ialah piza dan buah-buahan.

Iklan

Terdahulu status yang dimuatnaik oleh Siti Sarah di Facebooknya juga sudah touching:

Siti Sarah dan status perkongsian mengenai pasangan berkenaan di Facebooknya.

Delivery paling bermakna bagi aku harini dan aku simpan dkt sini .. delivery harini mengajar aku sesuatu … sesuatu yg susah kita nak jumpa .. dan kita sendiri terlepas pandang .. 😌 kita selalu nak kan yg perfect nk ibu bapa mcm ni mcmni .. tk dpt apa2 kita bebai .. tapi kadang2 cuba kita fikir mereka yg tk mampu nak bagi .. mak abah yg tak dpt melihat masyallah aku menangis ya waktu nak baca air mata bergenang suara aku bergetar2 dgn harapan makcik tu takdelah perasan .. yg paling aku nampak ialah walaupon mereka buta .. aku tgk dorang happy mcm kita jgak .. tak nmpak sedih langsung .. dikurniakan pulak anak yg baik masyallah 😭 bila aku baca dah lah mmg aku panggil mak abah aku dgn panggilan mcmtu dan gelaran aku sendiri ialah kakak .. aku sendiri rasa nak berguling nngis dkt tar eh over lak kau 😂
Mesti mak abah dia syg dkt anak igt kot bday anak dia 😭😭 masyallah bertuahnya kamu
Thnks kepada yg order ni .. betul3 terkesan dihati saya 💕
New;
Maaf saya tukar video .. terpaksa tutup muka atas permintaan makcik ni sendiri bila kawan2 call dia .. tak sangka viral plakk selalu org terdekat ja tgkk .. maaf ya 🙏🏻

Dalam pada itu, ramai yang memuji sikap mulia anak pasangan terbabit. Tak kurang yang sebak dengan perkongsian Siti Sarah itu.

Komen netizen yang sebak.

 

Moga mendapat manfaat dan inpirasi untuk sentiasa ingat jasa dan berbakti kepada kedua orang tua kita. -AG #JanganPutusAsaMalaysia