Ini kronologi pembunuhan kejam remaja ditetak, dikelar dan putus tangan
NEGARA sekali lagi dikejutkan dengan kejadian pembunuhan kejam.
Tragedi yang ngeri dan membangkitkan amarah ramai itu seakan tidak masuk akal.
Kejadian bunuh itu dilaporkan dilakukan oleh rakan baik sejak di tingkatan satu persekolahan dan dikatakan dengan hanya sedikit perselisihan faham.
Kejadian dipercayai berlaku pada pagi Ahad lalu dan diketahui umum sejurus adik mangsa pulang dari sekolah sekitar 2 petang.
Ini kronologi kejadian memetik laporan Sinar Harian;
1 November:
Allahyarhamah Siti Nur Surya Ismail, 19, ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan kesan tetakan, kelar dan tangan kirinya putus di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Terengganu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Assisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi dan mayat mangsa ditemui adikbongsunya, Nor Liyana Syuhada, berusia 15 tahun sebaik pulang dari sekolah kira-kira jam 2.30 petang.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan senjata tajam.
Sementara itu, bapa mangsa, Ismail Muda, 58 yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, ketika kejadian beliau tiada di rumah, manakala mangsa yang merupakan anak kelima daripada
tujuh beradik sedang menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat kanser otak.
Allahyarhamah Siti Nur Surya sentiasa ada di rumah kerana menjaga ibu yang terlantar sejak tujuh tahun lalu.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
2 November :
Suspek berusia 19 tahun itu tampil di Balai Polis Telemong pada jam 7.30 pagi ditemani ibu.
Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, hasil keterangan diberi remaja terbabit yang bersekolah bersama mangsa dari Tingkatan Satu hingga Lima itu mencurigakan lalu pihaknya membuat tangkapan ke atas suspek untuk siasatan lanjut.
Hasil pendedahan, suspek memaklumkan dia pergi ke rumah mangsa kira-kira jam 9 pagi dan bersembang di ruang tamu sebelum berlaku perselisihan faham sehingga tercetusnya pergelutan di antara mereka.
Suspek kemudian mengambil sebilah pisau yang ada di ruang tamu sebelum mencederakan mangsa dalam pergelutan itu.
Mohd Adli berkata, hasil penahanan suspek, turut ditemui beberapa barangan milik mangsa dilaporkan hilang termasuk telefon bimbit, wang tunai dan kelengkapan mekap.
Pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek juga mendapati beberapa kesan kecederaan di bahagian badannya.
Pihak polis masih pisau yang dipercayai digunakan dalam insiden itu dan perintah tahanan reman akan dimohon esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, Ismail berharap orang yang menyebabkan kematian Siti Nur Surya akan menerima hukuman yang setimpal.
Ismail berkata, beliau sama sekali tidak menyangka suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu merupakan bekas rakan sekolah yang pernah berkawan rapat dengan arwah.
Suspek sering datang ke rumah, namun sejak beberapa bulan lepas agak jarang Siti Nur Surya di rumah. Beliau benar-benar tidak sangka dengan kejadian yang menimpa.
Nor Liyana Syuhada turut berkata, kali terakhir beliau berjumpa dengan kakaknya itu ialah pagi kelmarin sebelum pergi ke sekolah dan ketika itu kakaknya masih lagi tidur di bilik mereka.
Katanya mereka memang berkongsi bilik yang sama tetapi sejak minggu lepas arwah sering tidur bersendirian di ruang tamu, dan malam sebelum kejadian kakak sempat tidur bersama emak.Keluarga turut terpaksa beritahu emak yang arwah telah meninggal dunia disebabkan demam kerana bimbang kejadian ini akan menjejaskan kesihatannya.
Mayat Siti Nur Surya selesai dibedah siasat lewat petang di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan.
Jenazah Siti Nor Surya selamat dikebumikan kira-kira jam 8.15 malam di tanah perkuburan Kampung Beladau Selat dengan dihadiri keluarga terdekat serta penduduk setempat.
3 November
Suspek menggigil tiba di mahkamah.
Majisret Engku Nurul Ain Engku Muda, membenarkan perintah tahanan reman selama 7 hari ke atas suspek, seorang remaja perempuan, 19 tahun, yang dipercayai membunuh rakannya Siti Nur Surya Ismail, 19 tahun, dalam kejadian di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu, kelmarin.
Suspek kelihatan menggigil sebaik sahaja dibawa turun dari kenderaan polis sebelum dibawa masuk ke dalam mahkamah.
Suspek yang juga kawan mangsa, ditahan di Balai Polis Telemong, 8.15 pagi semalam.
Suspek yang juga pelajar tingakatan 6 dilaporkan turut melarikan sejumlah wang ratusan ringgit, barang kosmetik, dua buah beg dan dua telefon bimbit milik mangsa.
Perintah reman ke atas suspek bermula hari ini dan berakhir pada 9 November 2020.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang