PENDERITAAN rakyat Palestin akibat kekejaman tentera zionis mendapat perhatian dunia. Semangat juang rakyat Palestin sanggup berkorban darah dan nyawa demi mempertahankan tanah air menyentuh hati umat Islam.

Pendakwah, Ebit Lew yang pernah menerima Anugerah Khas Hari Belia Negara 2020, kini sedang berada di Mesir bersiap siaga menyediakan keperluan untuk misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.

Aktivis masyarakat berusia 36 tahun kelahiran yang juga bapa kepada empat cahaya mata itu antaranya membeli ubat-ubatan untuk dihantar ke fasiliti perubatan di sana.

“Syukur pada ALLAH. Saya beli barang keperluan asas dan ubat-ubatan dua treler besar dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital-hospital Gaza hari ini.”

Beliau juga mengakui perkara tersebut bukan mudah dilakukan tanpa bantuan ALLAH. Semangat kekeluargaan yang menebal daripada pelbagai pihak termasuk dua badan bukan kerajaan dari Mesir dan Palestin secara tidak langsung melancarkan perjalanan misi kemanusiaan terbabit.

“Saya bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent.

“Terima kasih semua yang bersama misi ini. Demi rasa kekeluargaan. Menangis masa berdoa bersama tadi.

“Tak senang urusan ini, tetapi dimudahkan ALLAH. Terima kasih doa semua,” tulis Ebit di Instagram

Menjengah ruangan komen, warganet tidak putus mendoakan keselamatan Ebit dan kru serta berharap misi kemanusiaan itu berjalan lancar.

“Semoga Ustaz dan team dilindungi ALLAH sepanjang menjalankan usaha membantu mangsa di Gaza dan selamat pulang ke Malaysia setelah selesai ibadah membantu mereka yang memerlukan.” -Jaina Ibrahim

Iklan

“Masyaallah, inilah ustaz yang patut dijadikan contoh, tiada sempadan dalam membuat kebaikan. Semoga ALLAH panjangkan umur ustaz, diberikan kesihatan yang baik.” -Niksiratiyyah Nikabrazak Nikshera

“Allahuakbar. Alhamdulillah. Tiada yang mustahil ALLAH izinkan bagi hamba-NYA yang ikhlas.” -Raja Faziliaton Raja Abdullah

“Subhanallah, moga terus dipermudahkan ALLAH buat saudara Ebit Lew dan semua terlibat. Moga kerja mulia ini diterima ALLAH sebagai ibadah yang mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti. Aaminn.” – Mona Din

Iklan

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sumber: @ebitlew