JENAMA pelindung matahari terkemuka, Sunplay bekerjasama dengan Watsons dan Glimpse of Malaysia (GoM), sebuah organisasi bukan bermotif untung baru-baru ini melancarkan kempen pembersihan pantai We Care for the Ocean (Lindungi Laut Kita) sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporatnya pada tahun ini.

Kempen yang bertujuan untuk mengumpulkan dana untuk aktiviti membersihkan pantai akan menyumbang sebanyak RM1 dengan setiap pembelian produk Sunplay yang dijual di kedai Watsons di seluruh negara dari 1 hingga 30 November depan.

Dana yang dikumpul akan diguna untuk membersihkan tujuh pantai di sekitar Lembah Klang. Tujuh pantai yang dipilih untuk kempen tersebut ialah Pantai Remis di Kuala Selangor, Tanjung Harapan di Pelabuhan Klang, Pantai Bagan Lalang di Tanjung Sepat, Pantai Kelanang dan Pantai Morib di Banting, Pantai Batu Laut di Tanjung Sepat dan Pantai Cunang di Tanjung Sepat.

Sebagai permulaan, pekerja Rohto-Mentholatum dan sukarelawan GoM berganding bahu membersihkan Pantai Cunang.

Sepanjang sesi tersebut, pasukan tersebut telah berjaya mengumpulkan sejumlah 170 kilogram sampah dan mengasingkannya untuk dilupuskan dengan kaedah yang sesuai.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pengurus Besar Rohto-Mentholatum, Lim Mei Yuen berkata, pihaknya sentiasa mengambil perhatian terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar.

“Kempen Pembersihan Pantai yang dianjurkan tahun ini merupakan inisiatif kali pertama Sunplay yang kami harap dapat diteruskan setiap tahun. Pengutamaan kebersihan pantai amat penting bukan sahaja untuk menjaga keindahannya, tetapi juga untuk memperbaiki ekosistem pesisir dan lautan dengan memastikan sampah-sarap tidak mencemarkan alam sekitar serta mengganggu kehidupan laut,” katanya.

Memetik kajian terbaharu yang diterbitkan dalam The Marine Pollution Bulletin,  Pengurus Projek Kanan GoM, Darshan Balasubramaniam berkata, pada tahun 2021, Malaysia berada di tangga ke-28 untuk kedudukan teratas pencemaran plastik di dunia dengan penggunaan bahan itu pada 56kg/kapita. Sekiranya tidak diuruskan dengan betul, sisa plastik terkumpul ini mungkin berakhir di lautan, sehingga mempengaruhi persekitaran pantai dan hidupan laut.

Sama seperti Mei Yuen, Pengarah Urusan, Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, pihaknya komited dalam memastikan persekitaran negara bersih.

Iklan

Untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat, Sunplay menggalakkan penyertaan sukarelawan dalam kempen yang digerakkan itu.

Orang ramai yang berminat dialu-alukan untuk mendaftar dengan GoM melalui pautan https://www.facebook.com/Glimpseofmalaysia/. Pendaftaran ditutup pada 3 Januari 2022.

Sunplay produk khusus penjagaan matahari membantu memastikan kulit anda kekal terlindung di bawah matahari yang terik, terutama ketika  melakukan aktiviti luar atau bersantai di pantai.

Iklan

Sunplay Ultra Shield SPF 130 sangat sesuai untuk perlindungan matahari ketika berada di pantai kerana mempunyai wet skin technology yang berkeupayaan untuk membendung air dan membentuk penghalang pelindung sementara ketika disapukan pada kulit basah.

Untuk maklumat lebih lanjut atau untuk menyokong kempen ini, log masuk ke laman Facebook Sunplay, MySUNPLAY.

Jangan lupa follow kami di Instagram!