PENGAJARAN dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) lazimnya dilakukan di rumah dalam keadaan tenang dan selesa.

Bagaimanapun, bukan semua keluarga mampu berbuat demikian berikutan pelbagai kekangan dihadapi.

Antaranya tiada peranti elektronik dan masalah liputan rangkaian internet khususnya di kawasan pinggir bandar dan pedalaman.

Beberapa hari lalu tular di media sosial foto dipercayai seorang guru dan anak lelakinya menjalani proses PdPR di dalam kenderaan.

Foto tersebut memaparkan kedaaan dua beranak tersebut duduk di belakang kereta jenis Proton Ezora.

Kapsyennya tertera: “Ayah dan anak sama-sama cari line internet.

“Ayah seorang cikgu, anak pula kelas online. Pengorbanan seorang guru. Semoga dipermudahkan.”

Warganet yang menyaksikan gambar terbabit turut berkongsi pengalaman terpaksa bertindak kreatif gara-gara capaian internet lemah. Antaranya:

– “Ayah yang kreatif, kadang-kadang kenalah berusaha lebih mencari apa yang ada. Pengalaman seumur hidup mereka yang tak dapat dibeli. Tahniah dan great job buat mereka.”

– “Pengalaman buat umrah. Perjalanan dari Madinah ke Mekah melalui padang pasir berjam-jam. Line punyalah laju. Sayangnya di Malaysia banyak kawasan covarage teruk.”

 

 

Iklan

– “Daripada sudut lain, bertuah adik ini dapat pengalaman indah bersama-sama dengan ayah. Rindu arwah abah.”

– “Syarikat telekomunikasi Malaysia tolong la upgrade! Pandemik sudah masuk tahun kedua, kasihan anak-anak yang duduk luar kawasan.”

– “Ustaz dekat sekolah anak ni . Belah kami memang line teruk. Nasib cikgu-cikgu banyak bagi bahan PdPR. Mereka semua memang bagus.”

– “Saya pun sama. Terpaksa parking kereta tepi padang, tepi kedai. Line internet di rumah dalam taman hancur.”

Iklan

Berbicara mengenai capaian internet lemah, pada tahun lalu seorang pelajar bernama Veveonah Mosibin, 18, yang menuntut dalam jurusan Asasi Sains memuat naik video Cabaran 24 jam atas pokok di saluran YouTube.

Biarpun berdepan masalah liputan jalur lebar yang terhad situasi itu tidak mematahkan semangat anak kelahiran Pitas, Sabah tersebut.

Bahkan, anak muda tersebut sanggup tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara online.