IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

A
A
A

IVF atau persenyawaan in vitro (IVF) adalah antara prosedur rawatan yang dilakukan pasangan yang berusaha mendapatkan zuriat.

Kehadiran mereka adalah anugerah yang amat berharga dalam kehidupan pasangan berumah tangga.

Ada yang dikurniakan berita kehamilan selepas berkahwin. Namun ada yang diuji hebat hingga terpaksa menunggu berbelas tahun untuk memeluk zuriat sendiri.

Usaha, doa dan tawakal adalah kunci bagi setiap pasangan yang yang yang berusaha mendapatkan cahaya mata (try to conceive -TTC).

Kisah pasangan ini mungkin hanya secebis daripada perjalanan yang perlu dilalui berjuta-juta pasangan TTC lain.

Ternyata rezeki ternyata salah alamat. Demikian menggambarkan perjuangan Datuk Yasran, 54, dan Datin Mega Marissa Malek, 42, yang menanti kehadiran cahaya mata selama 12 tahun.

Pasangan itu melalui pelbagai rawatan kesuburan seperti inseminasi intrauterin (IUI) dan persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak lapan kali sebelum memeluk si kecil dalam dakapan sendiri.

“42 tahun my wife tunggu untuk jadi wanita iaitu merasa mengandung dan melahirkan anak secara normal. Namun ketentuan dan ketetapan tu milik ALLAH

“C-Section dan dia akur. Dia memilih untuk menjalani pembedahan waktu petang iaitu selepas kami solat Zohor berjemaah dan berdoa.

“Itu permintaan terakhir di sebelum pembedahan. Panjang wasiat dan amanah yang ditinggalkan untuk saya kerana segalanya berkemungkinan. Almaklumlah dia ada tiga orang anak tiri dan dua orang anak Susuan. Kerisauan dia adalah amanah dua orang anak susuan yang kami ambil sejak dari lahir. Alhamdulillah, I Love you Mega Marissa,” titip Yasran.

Mengimbas kembali detik isterinya berbadan dua dan melahirkan, Yusran menerusi hantaran di Instagram memaparkan video pahit manis dilalui mereka berdua untuk bergelar ibu dan ayah.

“We almost give up. 12 tahun kahwin, 2 kali keguguran, 8 kali IVF.

“Bila my wife kena Ovarian Hyperstimulation Syndrome (OHSS) dan hampir maut di Emergency, saya cakap “no more IVF”.

“Enough is enough. Ucop dan Yinna, dua orang anak angkat kita need you more then the baby. Nyawa you lagi penting ..

“Pergi mampus dengan mulut orang cakap you mandul…”luah Yasran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Yasran (@tokyarnhuss)

Dalam pada itu, dia menitipkan penghargaan buat si isteri yang tidak pernah berputus asa cuba melahirkan zuriat dari rahim sendiri.

“Awak isteri saya dan ibu kepada lima anak kita, Haikle, Haqi, Qistina, Ucop dan Yinna yang lahir dari hati dan jiwa walau bukan keluar dari rahim.

“Dia akur dan ikut namun jauh di sudut hati masih hendak mencuba untuk merasa apa itu mengandung.

“Perlahan-lahan dia pujuk. Melihat naluri seorang wanita dan ibu, aku tewas lalu izinkan. Alhamdulillah hari ini sangat penting buat my wife.

“Kalau tidak kerana semangat kentalnya dan izin ALLAH tak mungkin kami berjaya sampai ke saat ini. Alhamdulillah, “ titipnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Yasran (@tokyarnhuss)

Cahaya mata mereka, Yusraa Mecca dilahirkan pada 25 Mei lalu. Bayi seberat 3.82 kilogram itu adalah menerusi rawatan IVF yang kelapan.

Kepada yang masih belum berjaya menimang zuriat sendiri, semoga kisah ini menjadi inspirasi dan dorongan untuk terus berusaha, berdoa dan bertawakal.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca