Jaguh di trek, Azizulhasni bapa penyayang, layan 3 anak perempuan sama rata, tiada favourite
JAGUH bebasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang sentiasa merangkul pelbagai kejuaraan dan menyumbang pingat untuk negara.
Mengungguli acara pecut dan keirin, pelumba diberikan gelaran The Pocket Rocket Man ini bertuah kerana memiliki keluarga yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.
Berkahwin dengan Datin Athiah Ilyana Abd Samat pada 30 Januari 2010, figura hebat berusia 35 tahun itu bahagia dengan kehadiran tiga cahaya mata.
Biarpun sibuk dengan latihan, Azizulhasni tidak lupa menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan memberikan perhatian kepada Amna Maryam, 11, Amna Khadeeja, 7, dan Amna Fateema, 18 bulan.
Sering berkongsi tentang cahaya matanya, atlet kelahiran Dungun, Terengganu ini tidak mengamalkan pilih kasih kepada anak-anak.
Baca juga: Azizulhasni rangkul 2 emas buat isteri sebak, kejohanan peringkat Asia terakhir sebelum bersara
Katanya, mengenali karakter dan personaliti setiap anak menjadikan tugas mendidik mudah.
"Indahnya kehidupan berkeluarga ini adalah apabila melihat corak dan warna yang dimiliki oleh setiap anak.
"Anak yang pertama ada perwatakan dia, anak kedua pula kerenahnya berbeza dan begitu jugalah dengan anak yang ketiga.
"Antara ketiga-tiga anak ni yang manakah paling favourite buat saya?
"Jawapan dia adalah takda favourite pun, saya cuba melayan setiap anak ini secara sama rata," katanya.
Baca juga: Ibarat bom jangka, Azizulhasni kongsi detik cemas simptom sakit jantung sebelum Sukan Olimpik
Pemilik pingat perak acara keirin Olimpik Rio 2016 itu menambah, konsep kasih perhatian dan kasih sayang yang seimbang sesuai dengan keadaan.
"Kadang-kadang sama rata itu bermaksud setiap anak perlu diberikan benda yang sama.
"Kadang-kadang juga sama rata itu bermaksud setiap anak perlu diberikan layanan yang bersesuaian dengan peringkat umur dan tahap pembesaran mereka," katanya.
Bersetuju dengan cara didikan yang diamalkan Azizulhasni, warga maya menambah corak didikan membangunkan karakter dan elemen positif dalam diri anak.
- "Betul Datuk, anak-anak perlu diberi layanan yang sama cuma kaedah perlu berbeza mengikut umur serta jantina. Anak permpuan lain ragam dan lelaki pun lain fiilnya. Apabila kerap manjakan si bongsu, jangan sekali kakak dan abang. Selami sikap dan tingkah laku mereka. Kita berperanan sebagai emak ayah tetapi jadilah juga rakan rapat anak-anak. Tegas dan garang bukan untuk digeruni sebaliknya dihormati."
- "Masya-ALLAH tabarakallah. Mabruk. Semoga menjadi anak-anak olehah berjaya dunia akhirat."
- "Setiap anak perlu didekati mengikut karektor masing-masing."
Baca juga: Azizulhasni kini bergelar Datuk. 5 fakta menarik The Pocket Rocketman
Sumber: Instagram Azizulhasni Awang
Foto: Instagram Azizulhasni Awang, tyailyana
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang