AIR zamzam merupakan penghulu bagi segala air dan sebaik-baik air di atas muka bumi ini. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana rakyat dan penduduk yang tinggal di Makkah mendapatkan air zamzam.

Melalui perkongsian di TikTok Masnira Ramli yang menetap di Makkah berkongsi pengalamannya membeli air zamzam di kilang air zamzam di sana.

Mungkin ada yang beranggapan penduduk Makkah mengambil air zamzam di masjid seperti yang dilakukan oleh jemaah haji dan umrah.

Jelas Masnira, penduduk yang tingagl di sana boleh mendapatkan air zamzam di kilang air zamzam yang terletak di Kudai, Makkah.

Baca juga: Jual air zamzam, penjara kurang 2 tahun atau denda RM10,000 menanti

Menurutnya, air zamzam yang dibeli ini hanya untuk kegunaan peribadi penduduk Makkah sahaja.

Bagaimana cara membeli air zamzam? Berikut adalah langkah  yang dikongsikan Masnira:

1. Masukkan nombor pengenalan diri (ID) kerana hanya mereka yang menetap di Makkah dan rakyat Arab Saudi sahaja yang boleh membeli air zamzam di kilang air zamzam tersebut.

2. Apabila sudah memasukkan nombor pengenalan diri (ID), boleh bergerak ke kaunter untuk membuat pembayaran. Selepas membuat pembayaran, bawa resit pembayaran ke tempat pengambilan air zamzam. Jangan lupa ambil troli terlebih dahulu.

3. Apabila resit pembayaran yang sudah selesai diimbas, air zamzam dalam botol akan keluar dari tempat khas di kilang tersebut. Sangat moden, mudah dan praktikal.

4. Air zamzam boleh dibeli pula perlu mengikut jumlah isi rumah. Sebagai contoh, suami  Masnira telah mendaftarkan lima orang isi rumah. Justeru untuk sekali pembelian, mereka boleh membeli sebanyak 20 botol air zamzam.

Baca juga: Ini kisah Adam Muhammad, jalan kaki 6,500 km, rentas 9 negara ke Makkah

Baca juga: Air zamzam ‘the best’ ini 7 minuman terbaik di dunia

AIR ZAMZAM TIDAK LAGI RASA PAYAU?

Kenapa air zamzam sekarang rasanya tidak payau seperti dahulu? Mungkin anda pernah merasai pengalaman minum air zamzam yang payau sebelum ini bukan?

Tidak dapat dinafikan ramai menolak untuk minum air zamzam ketika itu kerana rasa air zamzam yang payau seperti air dari telaga.

Air zamzam kini tidak lagi rasa payau seperti zaman dahulu kerana sekarang ia melalui proses penyulingan dan penapisan. Menurut Masnira, kilang khas yang menapis air zamzam yang dikunjunginya terletak berhampiran dengan Masjidil Haram.

Air zamzam yang diproses akan dibahagikan kepada tiga bahagian:

1.Kegunaan jemaah di Masjidil Haram.

2. Dipam terus ke kilang air zamzam di Kudai dan dibotolkan untuk kegunaan rakyat tempatan dan semua penduduk yang menetap di Arab Saudi.

3.Dipam terus ke dalam lori tangki dan dibawa ke Madinah.

Air zamzam tidak boleh dipos ke negara lain, bahkan perbuatan menjual air zamzam menyalahi undang-undang di Arab Saudi.

Iklan

Baca juga: Tular tiada lagi kebenaran membawa pulang air zamzam, ini sebenarnya

LIMA INFO TENTANG AIR ZAMZAM

1. Air zamzam merupakan penawar bagi penyakit. Ini berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya, “Dan penawar bagi penyakit.”

2. Banyak meminum air zamzam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafik. Orang munafik tidak mempercayai kelebihannya air zamzam.

3. Air zamzam digunakan untuk mencuci hati Nabi SAW. Ini berdasarkan riwayat daripada Abu Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya:

“Maka Jibril AS turun lalu membelah dadaku, kemudian dia (Jibril) mencucinya dengan air zamzam.”

4. Air zamzam merupakan air yang diberkati dan boleh mengenyangkan sesiapa yang meminumnya.

Iklan

Menerusi hadis daripada Abu Zar R.A bahawasanya Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya air zamzam ialah air yang penuh dengan keberkatan dan mengandungi makanan yang mengenyangkan.”

5. Nama lain bagi air zamzam ialah barrah (kebaikan), madhmunah (yang berharga), taktumu (yang tersembunyi), hazmah Jibril (galian Jibril), syifa’ suqim (ubat penyakit), syarab al-abrar (minuman orang-orang baik), tayyibah (yang baik).

Baca juga: [VIDEO]Persediaan untuk bapa muda, Ustaz Don tunjuk cara tahnik bayi

Sumber kredit: Tiktok Masnira Ramli, Maktabah Al-Bakri

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.