Jantina bukan halangan, wanita juga boleh ‘terbang’ tinggi

UNTUK melayakkan seseorang itu menjadi juruterbang sehingga ke peringkat komersil sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah.

Mereka perlu memenuhi syarat lesen serta jumlah waktu penerbangan hingga boleh melayakkan seseorang dilantik sebagai juruterbang.

Jika dahulu juruterbang dimonopoli oleh kaum Adam, namun hari ini wanita juga dilihat mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan lelaki dan membuktikan mereka juga mampu untuk ‘terbang’.

Iklan
Iklan

Mejar Patricia Yapp Syau Yin membuktikannya ia bukan lagi mustahil dan beliau bukan sahaja bergelar sebagai seorang juruterbang malah kini berkhidmat dalam sektor ketenteraan.

Tanpa mengenakan pakaian seragam mungkin tidak siapa menyangka wanita bertubuh langsing dan cantik ini berkecimpung dalam kerjaya tentera yang menuntut fizikal lasak serta memerlukan jiwa kental.

Ya! Beliau merupakan juruterbang pesawat pejuang MiG-29N yang pertama dan wanita Malaysia pertama yang lulus dengan kepujian dari Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia di Alor Star.

Walau apapun persepsi diberikan, itulah kehebatan dan keistimewaan dimiliki anak jati Sandakan, Sabah itu yang mula menerbangkan jet pejuang itu sejak 1997.

Yapp juga merupakan seorang juruterbang yang membawa operasi dan taktikal dengan Skuadron No 17/19 Smokey Bandits di Pangkalan TUDM Kuantan. Hebat bukan?

Beliau telah berkahwin dengan rakan tentera udara iaitu juruterbang Kapten S. Thayala Kumar Ravi Varman beberapa tahun lalu.

Yapp juga pernah menerima Anugerah Wanita Cemerlang sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah.

Beliau sememangnya layak menerima anugerah tersebut memandangkan Yapp merupakan juruterbang wanita Asia dan negara pertama yang berjaya memperoleh kelayakan untuk menerbangkan pesawat pejuang MiG-29N

Mejar Patricia telah buktikan bahawa faktor jantina bukan halangan untuk seseorang meraih kejayaan di peringkat tertinggi.

Saya harap kejayaan beliau ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing, insyaAllah.

Share
Meen

Biodata Penulis

Published by
Meen

Recent Posts

Klinik Nara anjur rumah terbuka, rai pelanggan sempena ulang tahun ke-4. Turut perkenal rawatan estetik dengan teknologi baharu

KLINIK  Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan baru-baru ini meraikan ulang tahun ke 14…

1 hour ago

Siti Nurhaliza penuhi impian rakan artis tunai umrah, bikin ramai sebak. ‘Terbaik, kongsi rezeki dengan sahabat’

YAYASAN Nurjiwa milik penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad…

2 hours ago

Rakan baik sahkan Irma Hasmie dan Redza Syah sudah bercerai 6 bulan. ‘Doakan yang baik-baik buat sahabat saya’

TANDA tanya ramai mengenai status perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer…

12 hours ago

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

1 day ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

1 day ago