Jururawat HUSM meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19, keluarga reda dengan pemergian

Jururawat HUSM meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19, keluarga reda dengan pemergian
Jururawat HUSM meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19, keluarga reda dengan pemergian
A
A
A

JIKA seorang guru diibaratkan sebagai sebatang lilin yang mana ia membakar diri untuk menerangi orang lain dalam usaha mendidik, rasanya tidak keterlaluan jika barisan frontliner juga dianggap begitu.

Sedar atau tidak, barisan frontliner sebenarnya lebih berisiko dijangkiti Covid-19 sedang mereka ‘berperang’ untuk merawat pesakit yang positif wabak pembunuh tersebut.

Buktinya, malam tadi seorang jururawat wanita yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan Covid-19.

Memetik laporan akhbar tempatan, kematian jururawat itu merupakan korban keenam kes Covid-19 di Kelantan.

Mangsa berusia 52 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada jam 10.15 malam tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) menurut keluarga mangsa yang enggan dikenali.

Menurut sumber, arwah mempunyai dua orang anak telah dimasukkan ke hospital sejak 7 Disember lalu sebelum disahkan positif Covid-19.

Arwah juga merupakan ketua jururawat di Unit Rawatan Rapi Pembedahan HUSM.

Ahli keluarga arwah juga dikatakan reda dengan kematian dan jenazah selamat dikebumikan sekitar jam 11 pagi tadi manakala suami dan anak-anak arwah sehingga kini masih dikuarantin.

Majlis pengebumian juga dihadiri oleh barisan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri serta beberapa anggota keluarga yang dianggar seramai 20 orang.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca