Jururawat maut serangan jantung bukan akibat vaksin

Jururawat maut serangan jantung bukan akibat vaksin
Jururawat maut serangan jantung bukan akibat vaksin
A
A
A

BARU-BARU ini, tular di laman sosial seorang jururawat di Pulau Pinang meninggal dunia disebabkan vaksin Covid-19.

Katanya, jururawat itu didapati mengalami masalah kesihatan tekanan darah tinggi.

Arwah pernah menerima suntikan vaksin Covid-19 namun mengadu mengalami badan kurang selesa sejak menerima suntikan.

Sehinggalah 16 Mac, arwah tidur awal kerana sakit badan dan sesak nafas dan beberap jam kemudian suaminya gagal membangunkannya dan mendapati arwah telah meninggal dunia.

Namun hari ini, Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Asmayani Khalib mengeluarkan satu kenyataan bahawa kematian jururawat yang berusia 45 tahun itu disebabkan sakit jantung bukan seperti yang tular.

"Hasil bedah siasat menunjukkan punca kematiannya adalah disebabkan serangan jantung dan tiada tanda-tanda anafilaksis atau reaksi allergi.

"Oleh itu kematian ini tidak berkaitan dengan vaksinasi Covid-19," katanya.

Vaksin Covid-19

Menurut kenyataan itu lagi, arwah menjalani suntikan vaksin Covid-19 (Comirnaty) pada 12 Mac lalu namun beliau tidak dikesan mempunyai sebarang kontraindikasi dan pemerhatian selepas vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menunjukkan pegawai stabil.

"Pegawai hanya mengadu lenguh pada tempat suntikan iaitu pada tangan kiri selepas suntikan namun telah dapat bekerja seperti biasa mengikut syif kerja di hospital.

"Namun begitu, beliau semeamangnya mempunyai komorbiditi penyakit darah tinggi kronok telah mengadu kepada suami bahawa beliau tidak selesa bernafas pada 16 Mac tetapi tidak mendapatkan sebarang rawatan perubatan atau melaporkannya kepada pasukan PPV," katanya.

Baca juga Derma organ dapat selamatkan nyawa lain, ini cara untuk daftar

Justeru, pihaknya turut menyeru orang ramai supaya tidak menularkan maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih bagi mengelakkan salah tanggapan masyarakat terhadap vaksin Covid-19.

Jadi, korang di luar sana usahlah cepat mempercayai info tular. Terus amalkan SOP yang ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Al-Fatihah. Salam takziah buat keluarga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca