#justiceforbella: Warganet lega adik Bella selamat di Seremban, pemilik rumah kebajikan ditahan polis

A
A
A

KES penderaan melibatkan kanak-kanak perempuan sindrom Down dikenali Bella dari sebuah rumah kebajikan mendapat perhatian ramai sejak tular di media sosial.

Rata-rata warga maya berasa kecewa, geram dan marah susulan melihat foto dan video yang memaparkan keadaan fizikal adik Bella disyaki didera.

Anak istimewa itu dikatakan mengalami kecederaan pada tangan, dada, leher dan paha dipercayai melecur teruk.

Justeru, berang dengan situasi menimpa adik Bella warganet sepakat mewujudkan dan berkongsi tanda pagar #justiceforbella sebagai sokongan menuntut tindakan diambil kepada pelaku dan sesiapa berkaitan.

Pun begitu, difahamkan, adik Bella kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan.

Sementara itu, perkembangan terkini dimaklumkan pemilik rumah kebajikan tersebut telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Wanita berusia 29 tahun itu ditahan pada jam 10.30 pagi Khamis selepas diminta hadir hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi memberi keterangan susulan beberapa laporan polis dibuat terhadapnya.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, kertas siasatan baharu telah dibuka.

Pihak polis juga membuat permohonan reman ke atas pemilik rumah kebajikan terbabit di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506, Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

Baca juga #Justiceforbella Tuntut Keadilan Adik Sindrom Down, Disyaki Didera Tangan, Dada Melecur

Terdahulu, difahamkan rumah kebajikan terbabit telah beroperasi secara haram sejak tahun 2019 dan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain kanak-kanak rumah berkenaan turut menempatkan 19 wanita hamil berusia antara 18 hingga 33 tahun.

Bagaimanapun, rumah kebajikan yang terletak di Jalan Kukuban, Taman Setapak, Kuala Lumpur telah disita pada 12 Julai lalu setelah pihak JKM mendapati pelanggaran syarat dalam menentukan premis pengoperasian sebagai sebuah pusat jagaan.

 

Antara perkongsian netizen:

- "Alhamdulillah sebenarnya inilah saat dimana rakyat Malaysia menunggu."

- "Terbaik PDRM dan pihak yang melaporkan kepada polis."

- "Buka rumah kebajikan harapkan dana dan sumbangan banyak bukannya ikhlas."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca