Kanser tulang tak halang Pak Long kutip sampah sejauh 10km sehari

A
A
A

TIDAK dinafikan ada segelintir rakyat Malaysia yang bersikap tidak menjaga kebersihan terutama di tempat-tempat awam.

Entah sampai bila tabiat buruk membuang sampah merata-rata tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain dan alam sekitar akan berubah.

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang insan bernama Umat Usman, 42 tahun, atau lebih mesra disapa sebagai Pak Long ini.

Dia menjadikan aktiviti mengutip sampah di jalanan sebagai salah satu rutin hariannya dan pada hujung bulan, Pak Long akan menjual sampah-sampah yang boleh dikitar semula.

Menurut Bernama, Pak Long akan memulakan rutin hariannya itu selepas selesai solat Subuh dan dia biasanya memulakan rutin itu di sepanjang pantai Kuala Perlis, yang memakan jarak kira-kira 10km.

Menurutnya, Pak Long tidak peduli sekiranya orang merasakannya seorang yang pelik kerana dia mempunyai sebab tersendiri untuk mengutip sampah.

"Sampah-sampah ini nampak seperti tidak berharga tetapi anda boleh mendapat sedikit wang dengan menjual botol lama, tin dan sampah-sampah lain,” katanya.

Menurut Pak Long, botol plastik dan tin seberat 116kg pada setiap bulan boleh memberi pulangan kepadanya sebanyak RM203.

Walaupun nilai wang ringgit yang diperolehi diakui adalah sedikit berbanding kerja yang perlu dilakukan sepanjang bulan, Pak Long bagaimanapun merasakan bahawa rutin yang dilakukan

ini dapat memberi kepuasan kepada dirinya kerana dia dapat menyelamatkan alam sekitar.

Kanser tulang tak halang Pak Long kutip sampah sejauh 10km sehari Azman Shah (kanan), menyampaikan sijil penghargaan kepada Pak Long kerana berjaya mengumpul beribu-ribu botol terbuang bersendirian sekaligus menjaga alam sekitar.

Meskipun mengidap penyakit kanser tulang, namun kegigihan Pak Long untuk memastikan kebersihan alam sekitar sejak setahun yang lalu telah menarik perhatian Pengarah Jabatan Alam

Sekitar, Azman Shah Ismail yang memuji tindakan murni Pak Long dan menasihatkan orang ramai untuk turut sama melakukan inisiatif tersendiri bagi menyelamatkan alam sekitar.

Dalam pada itu, Pak Long turut mengingatkan orang ramai untuk tidak membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya terutamanya di kawasan pantai kerana sampah-sampah ini

berpotensi untuk hanyut ke dalam laut dan seterusnya mengganggu ekosistem hidupan laut.

Artikel berkaitan: Jangan senang-senang rasa kasihan pada wanita lain – ini pesanan padu doktor buat suami

Malah, sampah-sampah yang dibuang juga boleh terperangkap dalam jaring para nelayan yang mencari rezeki.

"Beberapa nelayan di sini memberitahu bahawa mereka mendapat lebih banyak sampah berbanding ikan di dalam jaring mereka," ujar Pak Long.

"Meskipun saya mengutip botol di kawasan pantai ini sejak lebih setahun lalu, namun botol-botol ini tidak pernah berkurangan dan sentiasa ada. Ini menunjukkan kesedaran orang ramai mengenai keperluan menjaga kebersihan alam sekitar masih berkurangan," tambahnya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sama-sama berganding bahu bagi menjaga alam sekitar dengan sebaiknya agar segala ekosistem di negara ini kekal terpelihara dan manusia dapat

hidup dengan aman dari generasi ke generasi.

Dengan hanya tindakan kecil semudah membuang sampah di tempat yang sepatutnya, kita telah menyumbang kepada kelestarian alam sekitar kita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca