SEJAK akhir- akhir ini, terdapat banyak kes bunuh diri yang berlaku di negara kita.

Individu itu dilihat amat nekad melakukan perbuatan tersebut mungkin dek kerana terlalu stres atau alami depresi.

Terbaru, cubaan seorang gadis terjun dari atas flyover Bukit Tinggi Lebuhraya Karak-KL dari Plaza Tol Gombak menghala ke Bentong.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang semalam itu tidak meragut nyawa kerana gadis tersebut berjaya diselamatkan polis.

Menerusi sebuah video yang dikongsi Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS kelihatan tindakan pantas anggota polis yang terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.

Tenyata tindakan pantas polis berkenaan mendapat pujian warganet yang mengatakan mereka sangat berani dan professional dalam menjalankan tugas.

Bukan hanya itu, Polis Diraja Malaysia melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) turut memberi pujian terhadap anggota terbabit.

“Kecekapan Ketua Polis Balai Bukit Tinggi, Sarjan Mejar Maznan Omar menyelamatkan seorang remaja perempuan dalam cubaan membunuh diri terserlah apabila beliau berjaya memujuk mangsa dengan berlari ke arah mangsa dan terus menariknya ke belakang.

“Beliau turut dibantu oleh anggota polis lain untuk menyelamatkan mangsa yang cuba terjun dari jejambat di Bukit Tinggi, Kilometer 46 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

Iklan

“Tahniah atas keberanian tersebut. Semoga menjadi inspirasi buat warga pasukan untuk sentiasa membantu masyarakat dalam apa jua keadaan,” tulisnya.

Iklan

Kecekapan anggota selamatkan gadis dipuji PDRM

Sementara itu, menurut portal hellodoktor, seseorang yang merasakan dirinya stres boleh mengambil langkah penjagaan awal seperti berikut;

1. Jangan asingkan diri. Walaupun kita perlu mengekalkan jarak selamat sepanjang tempoh pandemik, ia tidak bermakna kita perlu bersendirian.

Terdapat pelbagai alternatif yang boleh diambil seperti panggilan video dan bersosial dalam jarak yang selamat. Jika datang pemikiran hendak bunuh diri, jangan malu untuk minta pertolongan.

2. Buat jadual harian untuk diri sendiri dan pastikan ikuti rutin tersebut setiap hari.

3. Pastikan meluangkan masa sedikit setiap hari untuk melakukan aktiviti yang boleh menghilangkan stres.

Baca juga Beli mangga di lampu isyarat, kena saman RM2,000

4. Cabar diri untuk sentiasa berfikiran positif dan cuba imbas kembali saat yang menggembirakan sepanjang minggu yang tempuhi.

5. Jika anda berasa tertekan dengan penggunaan media sosial atau apa-apa alat elektronik, hadkan penggunaan dalam masa sehari.

6. Sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal dan simptom menjadi semakin teruk (mula rasa hendak bunuh diri dan sebagainya), dapatkan bantuan golongan profesional.

Semoga perkara sebegini tidak berulang lagi di negara kita.