Kecoh tukang jahit Jepun pakai sut daki Kinabalu, wanita Malaysia dah berkebaya di Annapurna Base Camp 4,130 meter 6 tahun lalu

A
A
A

Kecoh tukang jahit Jepun pakai sut daki Kinabalu, wanita Malaysia berkebaya di Annapurna Base Camp 4,130 meter 6 tahun lalu

BARU-baru ini Malaysia gempar dengan Seorang pendaki warga Jepun Nobutaka Sad yang memakai sut dalam misinya menawan puncak Gunung Kinabalu.

Nobutaka yang merupakan seorang tukang jahit menjadikan pemakaian sut dan kasut kulit ketika mendaki hingga ke puncak sebagai gimik pemasaran.

Rupanya ada wanita Malaysia yang terlebih dahulu memakai baju tradsional Melayu di Annapurna Base Camp, Nepal pada ketinggian 4,130 meter pada tahun 2017!

Baca juga: Forbes nobat wanita Malaysia antara 20 CEO cemerlang Asia Pasifik

Aktiviti mendaki gunung atau mounteering tidak asing lagi bagi Nor Asikin Hassan, 52 atau Shikin.

“Enam tahun lepas wanita Melayu sudah buat. Bukan Kinabalu tapi Annapurna Basecamp nun di Nepal. Lagi tinggi dan sejuk menggigil,"titip Shikin yang turut berkebaya dalam kedinginan di Khumjung Village dalam perjalanan ke Everest Base Camp pada ketinggian 3,790 meter.

Melaram kebaya di persekitaran sejuk tentu bukan mudah. Bekas pengarang akhbar itu berkata ia dilakukan untuk memahatkan kenangan di luar negara.

Mencintai aktiviti mendaki yang dimulakan pada tahun 2016, wanita ini sudah menawan lebih 20 puncak gunung di Malaysia dan Nepal.

Baca juga: Masya-ALLAH! 5 lelaki jejak hijrah Rasulullah, jalan kaki 16 hari, 547km Makkah ke Madinah

Shikin di Everest Base Camp

Kata Shikin minatnya kepada pendakian dicetuskan oleh faktor kesihatan pada usia 40-an.

“Asalnya minat didorong rasa hendak menjaga kesihatan. Saya mula mendaki usia 40-an. Saya tak mahu diuji sakit dan melakukan usaha yang kita boleh kawal.

“Maka saya buat keputusan melibatkan diri dengan mendaki. Dari situ terus minat, lebih-lebih lagi saya menyertai Pertubuhan Nadi Sihat yang kebanyakan ahli semua berusia 40-an ke atas,” kongsi Shikin.

Baca juga: Rahsia jelita Zakiah Anas, suka mendaki untuk kekal fit

Sembilan tahun terlibat aktiviti fizikal ini bersama Pertubuhan Nadi Sihat, Shikin berasa seronok memandangkan kebanyakan ahlinya berumur sekitar 40-an sekali gus memberikan kelebihan ketika mendaki secara berkumpulan.

“Jadi, pace hiking tidaklah jauh beza. Kalau join orang muda, tak termampu kita untuk mengikut. Maka join dengan group yang sepatutnya,” titip Shikin ketika dihubungi SinarPlus.

Bagi wanita yang baharu berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, Shikin berpesan agar memulakannya dengan kawasan pendakian yang rendah seperti bukit.

“Kalau nak start hiking, start slow-slow dengan naik bukit dulu. Jangan terus mendaki gunung. Cari fitness dan stamina dengan mendaki bukit kemudian baru gunung.

“Jangan ikut pace orang, ikut je pace sendiri. Sebagai contoh saya ini slow hiker, jadi saya mendaki slow-slow je, janji sampai.

“Cari buddy hiking yang sama pace dan boleh menggembirakan hati. Sebab kita nak enjoy hiking, bukan nak stres.

“Nikmati momen dengan bersembang, gelak ketawa je sepanjang mendaki. Baru tak stres kerana kadang kala trek itu ‘kejam’,” kongsinya yang sedang dalam perancangan menawan pergunungan Vietnam dan Filipina.

Aktiviti mendaki memerlukan setiap individu menggunakan kaki dengan optimum. Memberi tip kepada pendaki beginner, Shikin menyarankan agar membeli kasut yang selesa.

“Tak tau orang lain tapi saya paling pentingkan kasut kerana kasut berfungsi menjaga kaki kita.

“Jadi saya beli kasut hiking yang sesuai. Orang muda mungkin boleh pakai kasut sukan biasa tapi saya tak boleh. Pernah cuba dan kaki sakit, tak sesuai untuk saya. So saya pentingkan kasut hiking yang baik,” tutur Shikin.

Baca juga: Jangan ikut kawan nak mendaki, periksa tahap kesihatan diri sendiri – Pakar

5 MANFAAT AKTIVITI MENDAKI

Selepas pandemik Covid-19, aktiviti mendaki menjadi popular. Aktiviti fizikal itu bukan sahaja menambahkan kecergasan tubuh badan malah memberi mood atau emosi positif.

Berikut lima lagi manfaat mendaki kepada kesihatan:

1-Perjalanan pendakian amat membantu pendaki membina ketahanan dan meningkatkan tahap kardio individu.

2-Kepelbagaian trek dan trail turut membantu pendaki untuk meningkatkan kestabilan serta keseimbangan badan terutama apabila berjalan di trek yang berbatu-batu, sempit serta dipenuhi akar-akar. Kemahiran ini secara tidak langsung dapat membantu individu tersebut untuk lebih fokus dan cakna kepada keadaan persekitaran.

‘Kaki hiking’ kembali dapat ‘lesen’ selepas PKPP

3-Aktiviti pendakian turut membantu pembakaran kalori individu. Walaupun senaman lain juga membantu pembakaran kalori, namun aktiviti pendakian ini membakar kalori lebih banyak berbanding senaman pertengahan yang lain. kira-kira 350 hingga 400 kalori dibakar untuk tempoh satu jam.

4-Melihat keindahan alam semula jadi dan menikmati keindahan dan kehijauan trail amat mendamaikan.

5-pendedahan kepada alam sekitar yang alami, secara tidak langsung ia membantu kita mengurangkan tekanan harian, mengosongkan minda serta boleh mencetuskan mood gembira.

Best kan? Aktiviti mendaki ni amat bersesuaian kepada mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dengan aktiviti fizikal di luar.

Baca juga: [VIDEO] Cergas, tak pancit, nenek tular mendaki pakai jubah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca