PELAKON Mustapha Kamal sentiasa menjadi perhatian warga maya. Dikenali dengan julukan ‘Papa Megah Holding’ kerana sering memegang watak ahli korporat, aktor berkenaan baru-baru ini meraikan konvokesyen anak keduanya.

Mustapha menerusi laman sosial Facebook berkongsi berita gembira Aulia Qayyiem, 20, berjaya menamatkan pengajian dan meraih Diploma Animasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Berkongsi video memaparkan Qayyiem berada di atas pentas menerima skrol, pelakon Mira Edora dan Adik Manja itu sempat menitipkan doa agar ilmu yang diperoleh membawa kebaikan.

Bersyukur atas kurniaan-NYA, pelakon berusia 62 tahun itu tidak lupa menitipkan kata-kata semangat.

“Semoga ALLAH SWT selalu memberi segala kebaikan untuk atas ilmu dan kebaikan untuk orang lain juga, aamiin.

“Hari ini menjadi saksi atas kejayaan permulaan sebuah perjuangan

“Sokongan sentiasa ada daripada papa dan mummy. ALLAH tahu segalanya,” titip aktor kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

Baca juga: Cantiknya anak ‘papa Megah Holding,’ Salsabil Mustapha Kamal curi tumpuan warganet

Mustapha Kamal dan bekas Ratu Cantik Malaysia 1993, Susan Manen mendirikan rumah tangga pada tahun 1998.

Pasangan romantis ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sabella Qawiema, 22, Aulia Qayyiem, 20, Salsabil Qur’ani, 19 dan Naqli Qaddiem, 15.

Baca juga: Tamat pengajian dengan cemerlang, anak Arni Nazira raih Anugerah Akademik, wajah seiras raih perhatian warganet

Iklan

Salsabil atau dikenali sebagai Bil mengikuti jejak langkah ibu bapa menjadi seorang pelakon.

Salsabil juga pernah berlakon dalam filem produksi Filipina, I Miss You Like Crazy bersama Hans Isaac.

Baca juga: Anak genggam sarjana sains pada usia 27 tahun, Rahmad Mega buat kejutan menyanyi di pentas

Baca juga: Anak Azhar Sulaiman, Andika Rees Pahamin genggam ijazah pada usia 21 tahun

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!