TAK pernah surut isu dan insiden kekejaman manusia terhadap haiwan yang tidak berdosa. Ya, terhadap insan pun sesetengah golongan bersikap tiada berperikemanusiaan, apatah lagi kepada haiwan.

Itulah yang dikesalkan Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia). Entah apa nak jadi dengan sebilangan masyarakat kita, haiwan menjadi mangsa kerakusan mereka.

Masalahnya haiwan-haiwan ini didera dan diseksa, malah ada nyawa yang dicabut. Bayangkanlah kita yang berada di tempat makhluk ini. Adakah sanggup menghadapi musibah sedemikian.

Haruslah ada insan dan pihak yang prihatin memperjuangkan nasib mereka sehingga pesalah didakwa.

Itu antara usahakan pihak Animal Malaysia yang sanggup menawarkan ganjaran buat mereka yang membantu menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya pesalah terbabit.

Ganjaran RM5,000 tangkap pemanah monyet dan biawak

Kasihan.. dua ekor monyet ini terseksa terkena busur panah. Biawak juga antara yang menjadi mangsa si pemanah.

 

RAKAN PEMANAH BOLEH BANTU BERI MAKLUMAT. MOHON SEBARKAN HINGGA PENGGANAS PEMANAH INI DITANGKAP.

Pemanah yang memanah monyet hingga parah dan biawak hingga mati kini diburu. Atas desakan masyarakat pencinta haiwan seluruh negara yang mahukan campur tangan Animal Malaysia untuk mengheret pelaku kemuka pengadilan. Animal Malaysia tawarkan GANJARAN RM5,000.00 kepada sesiapa yang boleh tampil berikan maklumat lengkap siapa pelaku kejam pemanah ini.

Kejadian keji ini dilaporkan berlaku di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur dua hari lalu. Seekor monyet kelihatan sengsara selepas busur panah tertusuk di ekornya dan monyet tidak mati malah berlegar menahan sakit. Manakala seekor lagi monyet dipanah mati.

Saksi yang boleh tampil. Lapor kepada pihak berkuasa hingga pemanah bodoh dan kejam ditangkap, didakwa, dijatuhkan hukuman bakal dianugerahi wang ganjaran RM5,000.00 dan sijil penghargaan Animal Malaysia serta beberapa cenderamata daripada Animal Malaysia. Maklumat pengadu atau saksi kekal rahsia.

Mohon rakan pemanah kirimkan rakaman video, gambar dan maklumat diri pengganas pemanah ini ke hotline Whatsapp +601120901097

Ganjaran RM2,000 kepada sepupu pembuang kucing

Sepupu pembuang dua kucing ini akan diberikan ganjaran jika memberikan maklumat. Animal Malaysia yang berkongsi gambar ini turut berharap wanita ini dapat memberikan penjelasan diperlukan.

Satu lagi ganjaran ditawarkan oleh Animal Malaysia kepada pemberi maklumat berhubung pembuang kucing.

Ganjaran RM2,000.00 ditawarkan kepada sepupu pemilik dua kucing yang dibuang di Ampangan, Seremban Negeri Sembilan seperti dalam Instagram nvdiahusna. – Maklumat peribadi pengadu dirahsiakan.

Kekecohan masyarakat pencinta haiwan mengenai pengakuan seorang pemilik Instagram bernama nvdiahusna mengenai pembuangan dua ekor kucing peliharaan oleh sepupunya kini dipertikai.

Pemilik Instagram bernama nvdiahusna perlu tampil beri maklumat dan perjelaskan adakah insiden pembuangan dua ekor kucing cantik dan gebu benar-benar wujud atau hanya propaganda untuk melariskan page instagram dengan meraih banyak likers.

Jenayah kezaliman haiwan bukan satu gurauan. Secara logiknya dua ekor kucing ini sehat dan cantik dan boleh menemui tuan baru sekiranya benar-benar diusahakan mencari tuan baru atau pilihan terakhir adalah dengan menyerahkan kucing kepada pengusaha shelter kucing berserta jumlah bayaran tertentu.

Iklan

Animal Malaysia sekali lagi terima gesaan untuk menyelesaikan kemelut isu propaganda pembuangan dua ekor kucing ini. Sepupu pembuangan dua ekor kucing ini diminta tampil hubungi Animal Malaysia di talian hotline Whatsapp +601120901097. Mana-mana jiran, sahabat handai dan saudara mara kepada pemilik Instagram bernama nvdiahusna juga diminta menyerahkan maklumat kejadian untuk memastikan kesahihan adegan ini.

Jika benar. Animal Malaysia tawar RM2,000.00 kepada pemberi maklumat dan saksi yang membolehkan pelaku pembuang dua kucing ini ditangkap, didakwa dan dihumban ke penjara. Mohon jangan lindungi penjenayah haiwan ini walau pun ia saudara terdekat. Namun jika ia hanya satu propaganda untuk meraih populariti. Pemilik Instagram digesa mohon maaf secara terbuka kerana menimbulkan kepanikan dalam kalangan masyarakat pencinta haiwan di negara ini.

Leraikan kemelut pembuangan kucing ini segera!

Sementara itu, seorang pengguna Facebook di ruangan komen berkongsi foto dan memaklumkan salah seekor daripada kucing terbabit sudah ditemui:

Iklan

Jasreena Jamil
kembang tu dh dijumpai di rumah sis Suhana dan dah ada yg adopt, kempis saja yg x jmpa.. Cuma rescuer yg nak cari, anda kena try cari dr pasar smpai tempat umah kembang ni pi.. Area SM Agama Dato Klana.. Jauh kembang bjalan

Presiden Animal Malaysia, Arie Dwi Andika ketika mengulas ganjaran hendak diberikan kepada pemberi maklumat sehingga pelaku didakwa berkata, bagi ganjaran RM2,000 itu ditawarkan kepada sepupu pembuang kucing itu sahaja.

“Ganjaran pada pemanah monyet dan biawak itu pula kita offer pada public. Siapa yang tahu berkenaan kes itu, tunjukkan siapa pelaku, buat laporan sampai pesalah ditangkap dan dituduh sehingga jatuh hukum,” katanya kepada SinarPlus hari ini.

Menurut Arie, usaha memperjuangkan kebajikan haiwan ini sejajar dengan dasar dan objektif Animal Malaysia iaitu memerangi keganasan dan jenayah haiwan.

Semoga pesalah mendapat hukuman sewajarnya. -AG