KEMENTERIAN Kesihatan mempunyai hubungan yang berkait rapat dengan masyarakat terutamanya dalam meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik.

Selain Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan adalah organisasi yang menjadi tumpuan. Sementelah kedua-duanya sering kali memainkan peranan penting dalam pasca pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan Dr Zaliha Mustafa memegang portfolio Menteri Kesihatan Malaysia yang ke-23.

Baca juga: 5 info menarik Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan wanita pertama

Baca juga: Senarai penuh 28 menteri kabinet kerajaan perpaduan termasuk 2 Timbalan Perdana Menteri, 5 adalah wanita

Sinarplus kongsikan tujuh info mengenai beliau:

1-Dilahirkan pada 28 Jun 1964.

2-Mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu.

3-miliki Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1983-1989)

4-Pernah bertugas sebagai Doktor Siswazah di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan Pegawai Perubatan di Hospital Daerah Pekan dan Taiping.

5-Berkhidmat di Kumpulan Perubatan Penawar sebelum memiliki klinik sendiri di Kulai, Johor.

6-Merupakan Setiausaha Politik Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

7-Mendirikan rumah tangga dengan Dr Ahmad Azlan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Azam Tarmimi, Nurul Aliya, Ain Raihanah dan Afif Salman.

Baca juga: Nancy Shukri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kelapan, 8 info menarik mengenainya

Iklan

Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu BAkar menzahirkan ucapan tahniah kepada Dr Zalina yang dilantik jawatan itu yang disandangnya sebelum ini.

Menerusi hantaran di Twitter, Khairy menyatakan harapannya agar Ahli Parlimen Sekijang itu dapat meneruskan perjuangan ke arah sistem kesihatan awam yang cemerlang.

“Tahniah YB Dr Zaliha atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan yang baharu.

“Semoga berjaya dan terus berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang dan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih warga Kementerian Kesihatan (KKM).

“‘All the best!’ (Semoga berjaya!),” katanya.

Iklan

Dr Zaliha antara dua pemimpin wanita PKR dipilih menganggotai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan. Seorang lagi adalah Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

Baca juga: ‘Alhamdulillah.’-Lambang kesetiaan seorang isteri, hantaran Instagram Dr Wan Azizah undang sebak warga maya

Sumber: Berita RTM, Facebook Dr. Zaliha Mustafa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi