AYAH adalah seorang insan yang sangat bermakna, tanpanya siapalah kita di dunia ini.

Tanpa insan tersebut, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Ayah adalah sesosok tubuh yang sanggup berjuang mencari rezeki untuk keluarga dan demi membesarkan anak-anak.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Kita haruslah menghormati ayah dan menghargainya. Jangan sesekali melukakan hati dan perasaannya.

Antara kisah yang amat menyedihkan hati apabila menonton sebuah video perkongsian pengguna TikTok @muhammadanas_ariqin yang meluahkan perasaan rindunya yang tidak tertahan terhadap anak-anaknya yang kini telah pun melupakannya.

Dalam kesayuan, dia amat berharap agar dipertemukan dengan anak-anaknya, malah dia juga akui cuba melupakan mereka namun sebagai ayah, dia tak mampu sama sekali.

“Dah tak mampu bertahan teramat rindu… kenapa anak-anak aku sanggup tinggalkan aku… lupakan aku… adik… abah rindukan kau dik…” luahnya.

Sementara itu, pak cik tersebut turut berkongsi di ruangan komen, dia menghidap sakit jantung pada tahun 2014 dan koma selama 53 hari.

Baca juga Menangis di ‘airport’, lelaki sujud syukur anak 2 orang, tak tahu isteri hamil tika berangkat ke Singapura

Jika masih punya ibu bapa, hadam pesanan mesra ini

Namun apabila dia sedar, isterinya minta untuk berpisah dan tidak mengizinkannya untuk bertemu dengan anak-anak.

Malah pak cik itu juga tidak tahu ingin mencari anaknya kerana nombor yang dia gunakan telah disekat oleh anaknya.

Bukan hanya itu, mereka juga memberitahu malu untuk berjumpa pak cik terbabit yang juga merupakan ayah kandungnya.

Justeru, kepada sesiapa yang masih mempunyai ayah, hargailah dan sayangilah mereka. Ayah ibarat tunjang kehidupan yang mampu membimbing kita ke arah menjadi insan yang berguna.

Walaupun ibu lebih utama, tetapi ayah juga memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna dan berpendidikan.

Iklan

Baca juga Dahulu ikut abah meniaga pasar malam, kini muncul antara 10 wanita hebat di ASEAN

Hargailah ibu bapa dan berbuat baiklah kepada mereka selagi mereka masih ada.

Hitunglah pengorbanan ayah walaupun mereka dia tidak selalu dengan kita, tetapi dia juga banyak berkorban mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak.

Demi anak ayah sanggup berhujan berpanas, dan mengerah sepenuh tenaga demi mencari sesuap nasi.

Iklan
@muhammadanas_ariqindah tak.mampu bertahan teramat rindu..

♬ Rembulan Malam – Decky Ryan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI