DI sebalik kejayaan meraih pingat emas di Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022, tersimpan kisah duka membabitkan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly.

Atlet kelahiran Perlis itu bukan sahaja mengakui tidak berada pada prestasi sebenar susulan kecederaan paha, malah turut kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.

Menurut atlet berusia 26 tahun itu, beliau sangat terkilan kerana kereta jenis Kia Sportage yang diterimanya daripada Syarikat Naza Corporation itu merupakan tanda mata kejayaan manis ketika meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016.

“Dua tiga minggu sebelum saya ke Hangzhou, kereta saya kena curi. Saya pula asyik fikirkan kereta yang hilang tapi isteri (Nurul Nabila Farhana Musaidi) banyak bagi semangat dan minta saya fokus kepada sukan dulu.

“Kereta Kia pemberian 2016 itu berjaya dijumpai di Batu Caves (Selangor) tapi dah kena potong,” katanya.

Kejayaan meraih emas tujuh tahun lepas turut menyaksikan beliau menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebanyak RM1 juta serta beberapa sumbangan daripada syarikat korporat.

Selain kereta Kia Sportage, Naza Corporation ketika itu turut memberikan sebuah suite kediaman di Equine Park, Seri Kembangan bernilai RM350,000.

Baca juga:8230; another level Dari trek lompat jauh ke Pentas KL Fashion Week 2021, Latif Romly curi tumpuan

Baca juga: Sportmanship world class. Atlet paralimpik Greece dapat pujian ramai bantu Latif Romly

Kredit foto: Paul’s Tan Automotive

Abdul Latif mempertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut APG dalam acara lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) selepas melakukannya pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan dan 2018 di Jakarta-Palembang.

Dalam aksi di Stadium Pusat Sukan Huanglong baru-baru ini, Abdul Latif melakukan lompatan terbaik dengan jarak 7.18 meter (m) dalam percubaan keempat mengatasi pencabar terdekat Hassan Nasser Dawshi dari Arab Saudi yang meraih perak. Gangsa dimenangi rakan senegara Zulkifly Abdullah.

Biarpun mendominasi saingan, Abdul Latif mengambil pendekatan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan berulang pada pahanya, dengan keutamaan adalah Kejohanan Olahraga Para Dunia dan Sukan Paralimpik Paris 2024 tahun hadapan.

Baca juga: Tahniah! Atlet paralimpik Latif Romly terima gelaran Datuk

Iklan

Baru-baru ini ketampanan berusia 26 tahun itu menjadi tumpuan ketika acara larian obor temasya berkenaan.

Pemenang dua pingat emas Sukan Paralimpik berusia 26 tahun itu disambut dengan sorakan gemuruh sebelum ‘diserbu’ peminat dalam kalangan wanita yang ingin merakamkan gambar bersama, semasa wakil Malaysia itu menyempurnakan larian obor melalui Jalan Pinglan di daerah Zheijiang itu.

Abdul Latif telah mendirikan rumah tangga dengan guru, Datin Nurul Nabila Farhana Musaidi pada Disember lalu.

Sumber: Bernama

Iklan

Baca juga: Latif Romly sah suami Nurul Nabila Farhana dengan sekali lafaz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!