Latif Romly sah suami Nurul Nabila Farhana dengan sekali lafaz

A
A
A

ATLET paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly selamat bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana Musaidi.

Majlis akad nikah yang berwalikan bapa Nurul Nabila sendiri dikongsikan Latif menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Dengan hanya sekali lafaz, Latif sah menjadi suami kepada Nurul Nabila dengan mas kahwin sebanyak RM1,312.

Baca juga: Tahniah! Atlet paralimpik Latif Romly terima gelaran Datuk

Memakai sepersalinan putih daripada Seth & Luna, Latif menyarungkan cincin kepada kepada Nurul Nabila selepas upacara akad nikah.

Latif dan Nurul Nabila mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021. Mereka merupakan rakan sejak zaman persekolahan di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar, Perlis.

Baca juga: 'Alhamdulilah one step closer'- Latif Romly selamat bertunang

Nurul Nabila yang merupakan seorang guru menyokong kuat karier Latif.

Rakan atlet dan warga maya menzahirkan ucapan tahniah dan menitipkan doa agar rumah tangga yang dibina berkekalan.

-“Tahniah Latif! Selamat pengantin baru.”

-“Selamat pengantin baru Datuk Abdul Latif Romly dan Datin Nurul Nabilah. Semoga hingga ke jannah, aamiin.”

-“Tahniah Datuk, semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.”

- “Tahniah Latif dan isteri.”

Seminggu lalu, Latif dilihat memuat naik video yang memaparkan gambar pra perkahwinan mereka.

Latif merupakan penyumbang pingat emas buat negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan  Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro dalam acara lompat jauh T20.

Baca juga: 'Sportmanship world class.' Atlet paralimpik Greece dapat pujian ramai bantu Latif Romly

Kredit foto: Instagram Seth & Luna

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca