TULAR di media sosial baru-baru ini apabila seorang pemuda bertindak memborong semua makanan di bazar Ramadan sehingga habis dan disedekahkan kepada pengunjung yang datang.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di laman Instagram (IG), ramai yang memuji tindakan pemuda tersebut namun tidak kurang juga yang mengatakan beliau menunjuk-nunjuk kekayaan.

Sehubungan itu, empunya diri Iddin Syah atau nama sebenarnya Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi tampil menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau yang juga pengasas produk kecantikan hanya ingin membantu para peniaga dan berkongsi rezeki atas kejayaannya selama ini.

Alhamdulillah! Tahniah anak muda atas tindakan suci murnimu.

“Saya tak pernah minta pun mendapat perhatian mana-mana pihak ketika mengadakan kunjungan sedekah di Bazar Ramadan Seberang Jaya, baru-baru ini kerana niat saya ikhlas.

“Saya sekadar kongsikan video itu di IG personal saya sebagai content peribadi, sekali gus untuk memberi contoh yang baik kepada stokis dan ejen saya.

“Kalau pengikut saya di IG melihat ia satu inisiatif yang baik, Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT.

“Walaupun ada sebilangan kecil yang mengecam dan menganggap saya menunjuk-nunjuk, terserah apa pun pendapat mereka kerana saya tahu itu bukanlah tujuannya,” katanya.

Akurlah tiada bazar Ramadan tahun ini

Iddin turut mengakui dirinya tidak dapat menahan sedih setiap kali melihat kesungguhan para peniaga bazar Ramadan mencari rezeki meskipun hujan lebat.

“Setiap kali balik dari kerja melalui kawasan bazar Ramadan, saya sayu melihat peniaga-peniaga yang bertungkus-lumus mencari rezeki dalam keadaan hujan lebat.

“Memang banyak hari dah hujan berlaku waktu petang. Dalam hati, “Ya Allah kesiannya depa (mereka) ni, dahlah tahun lepas tak boleh berniaga sebab PKP1.0 semua kena lock down, tahun ni pula cuaca belah petang hujan lebat.

“Macam manalah perasaan depa kalau juadah yang dijual tak habis sebab org tak mai beli sebab hujan. Mesti depa rugi kan?,” tulisnya di IG miliknya itu.

Kata Iddin, beliau hanya ingin berkongsi rezeki yang diperolehi daripada berniaga produk kecantikan dengan peniga-peniaga bazar tersebut.

Iklan

“Saya nak buat kejutan dekat peniaga-peniaga bazar Ramadan. Kebetulan Allah SWT bagi rezeki dekat saya dan seluruh warga ESW kebelakangan ini. Subhanallah tak terkata hebatnya.

“Tapi video ini telah dikongsikan seseorang yang saya tidak kenali di Twitter lalu menjadi tular. Terima kasih naa spreadkan (sebar) kebaikan.

“Pada semua yang mendoakan kebaikan kepada saya, terima kasih. Pastinya Allah SWT mengangkat doa kalian terlebih dahulu… Amin YRA.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang memberi perhatian kepada usaha murni saya ini. Hanya Allah SWT dapat membalasnya,” ujarnya.

Iddin juga memberi kata-kata semangat buat semua peniaga semoga terus cekal dalam mencari rezeki.

“Akhir kata, saya harap peniaga-peniaga bazar Ramadan yang berada di pelusok mana pun tak pernah putus semangat untuk terus mencari rezeki yang halal.

“Terima kasih kerana bersusah payah menyediakan hidangan buat kami semua yang tak sempat masak ekoran kesibukan kerja.

“Semoga Allah SWT merahmati kalian semua. Amin YRA,” doanya.

Semoga kisah ini dapat menjadikan inspirasi buat orang ramai untuk terus berfikir positif serta tidak berputus asa untuk terus berjaya.

Iklan

Sama-sama saling membantu semasa kita!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FOUNDER ESW (@iddinsyah)