Khairul Aming, MUA Bellaz sumbang puluhan ribu, hasil jualan produk pada tabung Palestin

A
A
A

PERTEMPURAN tidak berperikemanusiaan Israel terhadap bumi Palestin sejak minggu lalu membangkitkan amarah khususnya umat Islam seluruh dunia.

Pertempuran membabitkan pejuang Palestin itu semakin getir apabila lebih 100 penduduk di sana termasuk kanak-kanak dan wanita tidak berdosa terkorban manakala ratusan dilaporkan cedera.

Banyak bangunan, rumah dan pejabat juga musnah akibat pengeboman jet pejuang F35 tentera udara Israel yang dibekalkan pihak Amerika Syarikat (AS).

Situasi terbaharu di sana mendapat perhatian banyak negara termasuk Malaysia yang bertali arus menzahirkan solidariti tanda sokongan terhadap saudara seagama di Palestin.

Pelbagai pihak dan individu tampil menghulurkan bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat di sana antaranya personaliti media sosial, Khairul Aming.

Menerusi satu perkongsian ciapan di Twitter, beliau menyatakan sebahagian daripada untung hasil jualan Sambal Nyet didermakan ke dalam tabung amal Palestin.

Baca juga #SiBibirMerah: Bella Hadid tak peduli kecaman Israel, ketepikan kemasyuran demi #FreePalestine

Menurut Khairul Aming, sebanyak RM10,000 telah didermakan ke akaun Tabung Cinta Gaza Malaysia.

Malah, instafamous yang memiliki tiga juta pengikut di laman sosial Instagram itu turut berharap sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak membantu saudara Islam di sana.

Dalam pada itu, Khairul Aming juga mengalakkan pengikutnya dan orang ramai untuk sama menderma mengikut kemampuan masing-masing.

Produk Sambal Nyet keluaran beliau menjadi fenomena dan kegilaan ramai sehingga ada yang sanggup berebut untuk membelinya secara dalam talian.

Selain produk sambal, Khairul Aming juga gemar berkongsi video resipi masakan yang catchy, mudah dan lazat buat rujukan followers.

Palestin Gambar Google

Bellaz sumbang RM20,000

Selain Khairul Aming, jurusolek terkenal Mua Bellaz antara yang tidak melepaskan peluang memberi sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Cinta Gaza.

Tutur Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini menerusi laman Instagram miliknya:

"Pertama kali, syukur kehadrat IILAHI atas kurniaan rezeki pinjamannya buat saya dan keluarga. Kedua, syukur pada semua yang support membeli barangan daripada @bellazbeautyhq.

"Tanpa anda tak mungkin Bellaz dapat sumbangkan buat saudara kita di Palestin. Anda banyak support Bellaz. Semoga ada pahala sumbangan buat kita semua."

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata tersebut, wang yang disalurkan kepada Persatuan Cinta Gaza itu merupakan platform terbaik untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat di Palestin.

Baca juga Gara-gara post video anak kejar jenazah ayah, FB rakyat Malaysia tunggal di Gaza disekat

Isteri kepada Anuar Ahmad berkenaan turut mendoakan agar saudara di Palestin sentiasa dilindungi ALLAH.

Rata-rata warganet memuji usaha murni dua selebriti media sosial tersebut yang disifatkan sarat kasih sayang dan pemurah terhadap masyarakat di Palestin.

Alhamdulillah, semoga perniagaan mereka terus maju dan berkembang supaya lebih ramai umat Islam dapat dibantu.

Moga segala urusan, usaha dan rezeki yang dikongsikan akan mendapat berlipat kali ganda ganjaran di akhirat kelak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca