SENIOR Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal terkenal dengan sikap prihatinnya kepada masyarakat.

Pelbagai kisah menyentuh hati telah dibongkar pegawai polis berusia 43 tahun itu sepanjang menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.

Baru-baru ini timbul spekulasi mengenai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor itu telah dilantik sebagai pegawai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Baca juga: Nak Curi Makanan Untuk Anak, ‘Tercuri’ Makanan Anjing! Kisah Benar Ini Buat Ramai Menitiskan Air Mata

Menurut portal berita tempatan, pelantikan itu disahkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Nik Ezanee dilantik sebagai ADC mulai Rabu manakala kekosongan jawatan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor akan diisi tidak lama lagi.

Iklan

Perjalanan kerjaya Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dalam PDRM.

Sebagai pegawai senior, pelbagai jabatan telah disertai Nik Ezanee sejak 16 tahun lalu.

Berikut adalah perjalanan kerjayanya dari awal yang dipetik menerusi satu wawancara khas Polis Diraja Malaysia.

Iklan

  • Karier bidang kepolisan Nik Ezanee bermula melalui pengambilan Kadet Asistan Superintenden Polis (ASP) pada tahun 2005.
  • Dia memulakan kerjaya sebagai Pegawai Penyiasat Narkotik di Ibu Pejabat Polis Seremban.
  • Dia kemudian ditugaskan sebagai Ketua Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu.
  • Selepas menjalankan tugas di Kota Kinabalu, Nik Ezanee diberi kepercayaan untuk bersama Pasukan ‘Strike Team’ Narkotik Bukit Aman selama tiga tahun.
  • Kembali dilantik sebagai Ketua Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Cheras.
  • Selepas itu dia ditugaskan sebagai Ketua Perhubungan Antarabangsa di Urus Setia Ketua Polis Negara.
  • Nik Ezanee kemudian ditugaskan sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya bermula 16 Februari 2020.
  • Mulai 12 April 2021, dia dilantik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.
  • Bermula 15 Disember 2021, Nik Ezanee dilantik sebagai pegawai Aide De Camp kepada Perdana Menteri.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Youtube PDRM RMP TV Channel, The Star