Pencemaran bau diesel di Sungai Semenyih, 463 kawasan Lembah Klang alami gangguan bekalan air

Simpan air secukupnya! Gangguan air 68 jam di Selangor dan KL April ini
Simpan air secukupnya! Gangguan air 68 jam di Selangor dan KL April ini
A
A
A

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih berikutan pencemaran bau diesel yang telah dikesan di Sungai Semenyih.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang bekerjasama dengan Air Selangor bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak-anak sungai di sekitar Sungai Semenyih.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi perkongsian di Facebook, buat masa ini masih belum ada jangkaan masa untuk pemulihan bekalan air.

Katanya, pihak Air Selangor akan mengemaskini maklumat berkaitan insiden ini dari masa ke semasa di semua laman sosial medianya.

Berikutan henti tugas LRA Sungai Semenyih ini, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Masalah gangguan air, tak guna merungut, amalkan langkah berhemat ini jauh lebih baik

Pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi aplikasi Air Selangor.

Bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada pengguna yang terlibat, Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP).

Sebanyak 81 lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan premis-premis kritikal.

Air Selangor amat memahami situasi pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19.

Baca juga Kanak-kanak 8 tahun rakyat Malaysia pertama positif varian Omicron, 8 info ringkas berkaitan

Air Selangor juga sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca