SEJAK awal Mac lalu, sekolah-sekolah di seluruh negeri telah dibuka setelah sekian lama terpaksa ditutup dek penularan wabak Covid-19.

Rata-rata para pelajar memang sangat menantikan detik untuk ke sekolah semula bagi meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah berbulan-bulan tertunda.

Maka, apabila sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sekolah, pelbagai ragam anak murid dan guru-guru dapat disaksikan menerusi media sosial.

Keletah yang pelbagai memang menarik perhatian kita, bukan? Ada gelagat budak-budak ini yang membuatkan kita tertawa seorang diri.

Daripada banyak video yang bertebaran menerusi media sosial, SinarPlus tertarik dengan perkongsian pemegang akaun TikTok, Cikgu Ayu.

@cikguayu_imtecer

Ragam anak pra..

♬ bunyi asal – Cikgu Ayu – Cikgu ayu

Menerusi rakaman yang dimuat naik, beliau dilihat tenang memujuk dan membersihkan hingus salah seorang murid di sekolah tadikanya.

Difahamkan, selepas ibu bapa si cilik itu menghantar anaknya ke sekolah, kanak-kanak lelaki itu diam seribu bahasa.

Pun demikian, beliau kelihatan lebih tenang selepas guru berkenaan cuba memujuknya dengan memberi tepukan gemuruh kerana hadir ke sekolah.

Tindakan ‘cool’ Cikgu Ayu mendapat pujian di media sosial hingga mendapat lebih 55.5 ribu tontotan.

Iklan

Pada masa sama, Cikgu Ayu menerusi platform yang sama juga berkongsi cara untuk mengawal sikap kanak-kanak.

“Pelajar saya tidak akan meragam sekali gus (serentak). Sebenarnya, situasi menangis pada hari pertama persekolahan adalah benda biasa kerana murid-murid saya sedang membiasakan diri dengan persekitaran baharu. Jadi, dalam tempoh penyesuaian itu, biarkan mereka menangis,” beritahu Cikgu Ayu.

Menjejaki ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menzahirkan rasa bangga kerana guru berkenaan mempunyai nilai kesabaran yang tinggi mengurus dan menenangkan anak muridnya.

Pun demikian, ada yang berseloroh bertanyakan di mana lokasi guru itu mengajar kerana mereka ingin menghantar anak masing-masing ke sekolah itu.

Iklan

Berikut antara komen-komen yang dilontarkan oleh orang ramai: