DEMI mengumpul dana bagi menampung kos penghantaran jenazah penduduk Sabah di Korea kembali ke Malaysia, seramai 12 peniaga bundle bersatu hati membuat jualan amal secara langsung di laman media sosial Facebook.

Hasil usaha yang dilakukan, mereka berjaya membuat kutipan sebanyak RM76,430 yang mana ia juga jauh daripada sasaran awal iaitu sebanyak RM50,000 yang dianggarkan pada awalnya.

Memetik laporan akhbar tempatan, Idarmi Abd Kadil, 40, rakyat Sabah yang menetap di Korea berkata, semuanya bermula apabila arwah, Muhammad Khairul Anas Abd Gapal jatuh sakit dan perlu dibawa mendapatkan rawatan di hospital di sana.

Kronologi kejadian adalah seperti berikut :

Tidak sihat

Arwah adalah kenalan kepada rakan Idarmi pada mulanya meminta bantuannya untuk dibawa ke hospital kerana tidak sihat dan dalam masa yang sama tidak fasih bertutur bahasa Korea.

Idarmi mulanya membawa Khairul Anas pulang ke kediamannya sebelum membawanya ke hospital.

Ketika di rumah arwah mengadu sakit perut dan mahu buang air besar tetapi sangat sakit. Idarmi cuba tenangkan arwah dan sempat memberi makan sedikit bubur.

Pada waktu inilah arwah berkata perutnya terlalu sakit sehingga penglihatannya menjadi gelap. Saya terkejut dan bertindak menghubungi talian kecemasan 119. Pasukan kecemasan datang tidak sampai lima minit.

Ujian saringan Covid-19

Arwah diberikan bantuan pernafasan tetapi tidak boleh membawa arwah ke hospital kerana hasil ujian saringan diperlukan sebelum dibawa ke hospital.

Tiba di hospital, arwah diminta untuk membuat pemeriksaan X-ray sebelum berjumpa doktor.

Doktor memaklumkan bahawa arwah perlu membuat ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu di sebuah hospital lain dan mereka tidak dapat merawatnya selagi keputusan ujian saringan tidak diterima.

Kronologi kes rakyat Sabah meninggal di Korea, 11 pengusaha bundle buat live kutip danaSelepas membuat ujian saringan mereka pulang ke rumah bagaimanapun keputusan masih belum diperoleh.

Mereka hanya mampu menunggu dan kemudian 119 mengesahkan kematian arwah pada jam 4 petang.

Kumpul dana

Mereka memerlukan dana bagi penghantaran pulang jenazah Khairul Anas kembali ke tanah kelahirannya di Tawau, Sabah.

12 peniaga bundle rakyat Malaysia di sini (Korea) akhirnya mengambil keputusan untuk membantu dengan membuat jualan amal di Facebook bagi mengumpul dana tersebut.

Semua penjual bundle bersama-sama menjual barang koleksi mereka yang mana 100 peratus hasil jualan akan disalurkan untuk dana pengurusan penghantaran jenazah kembali ke Sabah termasuk membayar kos menyimpan jenazah di rumah mayat di hospital di Korea.

Iklan

Kronologi kes rakyat Sabah meninggal di Korea, 11 pengusaha bundle buat live kutip danaMeletakkan sasaran jualan sebanyak RM40,000 selama dua jam tetapi dalam sejam lebih sudah mencecah lebih RM50,000.

Namun ini belum tolak kos penghantaran barang pelanggan ke Malaysia sebelum dapat jumlah sebenar hasil jualan.

Sumbangan terdiri daripada orang ramai bukan sahaja dari Malaysia malah Indonesia dan Korea.

Antara peniaga bundle yang terlibat dalam jualan amal secara ‘live’ terbabit adalah Saudagar JPKR, Nuahh Bundle, Bundle Bundle Safril Kuns, Acai Bundle Korea, Ozzy Bundle, GTO Bundle, Bundle Borneo 21, Ajushi Gwangju Bundle, Ray Bundle Korea, Selipar Manon, Muhran Laiman dan Adzlan Jainol.

Jenazah tiba di Malaysia

Semua kos pengurusan penghantaran jenazah arwah Muhammad Khairul Anas juga sudah diuruskan.

Iklan

Ia termasuk membayar kos kenderaan membawa jenazah, kos menyimpan jenazah di bilik mayat hospital di selama enam hari, kos menyimpan jenazah di bilik mayat dimiliki ejen pengurusan mayat dan juga kos penerbangan.

Jenazah arwah juga sudah dimandikan, dikafankan dan solat jenazah untuk arwah juga telah disempurnakan di Masjid Itaewon, Seoul.

Jenazah arwah dibawa pulang dengan pesawat MH067 yang dijadual berlepas dari Incheon ke Kuala Lumpur, pada 11.05 pagi esok (hari ini) waktu tempatan Korea.

Dari Kuala Lumpur, jenazah dijadual akan dihantar ke Kota Kinabalu pada 10 Mac (jam 6.10 pagi) dan dijangka akan tiba ke Sabah pada jam 8.45 pagi menerusi pesawat MH6102.

Dalam pada itu, Idarmi turut memaklumkan dia juga dihubungi Pengerusi Amanah Hawi Alkhairat (HAK) Sabah, Syed Husin Habib Omar di mana pihaknya akan menanggung sepenuhnya kos pengurusan jenazah dari Kota Kinabalu ke Tawau menerusi jalan darat di samping akan turut serta dalam pengurusan jenazah arwah Muhammad Khairul Anas di sana.