Kucing kelaparan, sakit di UUM dapat perhatian mahasiswa

A
A
A

ADA yang sakit dan kelaparan. Kelibat kucing yang bukannya satu tetapi lebih 250 ekor berkeliaran mencari makanan di perkarangan 14 asrama penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah cukup menghibakan.

Masakan tidak, kebanyakan haiwan terbiar itu tiada sumber makanan lebih-lebih sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) gara-gara Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Namun, semua itu tidak mematahkan usaha murni Persatuan Mahasiswa UUM Pencinta Kucing yang tidak putus-putus menjalankan kempen Sumbangan Dana Bekalan Makanan Si Comel UUM untuk sepanjang cuti semester ini.

kucingKEBANYAKAN haiwan terbiar itu tiada sumber makanan lebih-lebih sepanjang tempoh PKP.

Wakilnya, Wan Nur Nabila Wan Haron menjelaskan, pihaknya bersama rakannya sering mencari dana untuk bantuan makanan untuk memastikan kebajikan kucing terbiar di UUM terpelihara.

“Sekarang ini tengah cuti semester namun kami masih duduk di asrama buat sementara waktu disebabkan PKP, tapi sekarang ini bekalan makanan kucing semakin terhad.

“Kos yang dianggarkan dalam RM6,000 termasuk bil rawatan bagi kucing yang sakit. Bulan ini sahaja kami berjaya rawat hampir 10 ekor kucing yang sakit,” ujarnya kepada Sinar Plus.

Bukan alumni penuntut jurusan entrepreneur itu seorang, sukarelawan lain seperti Mohd Noor Azhreen Shaari, Nor Dalila Youb dan Sofia Abdul Ghani antara sebahagian 17 ahli yang turut berkerjasama membantu memastikan bantuan tidak kira berbentuk dana atau makanan dapat disalurkan.

kucingKEMPEN Sumbangan Dana Bekalan Makanan Si Comel UUM aktif dijalankan untuk memastikan stok makanan kucing mencukupi termasuk pembiayai kos rawatan.

“Secara kasar, setiap hari kami perlukan 20 kilogram (kg) sehingga 25kg stok makanan kucing setiap hari untuk diagihkan di semua asrama tidak termasuk di Bukit Kachi.

“Agak menghairan namun keadaan kucing di UUM semakin bertambah sejak akhir-akhir ini,” tulisnya yang dikongsikan dalam satu hantaran di Kelab Pencinta Kucing Malaysia.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh terus ke akaun Maybank 159013059226 atas nama Mohd Noor Azhreen Shaari atau ikuti page Mahasiswa UUM Pecinta Kucing.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Mohd Noor Azhreen di talian 0164579544 atau Wan Nur Nabila di talian 0109241954.

kucingANIS Sofia Abdul Ghani antara sukarelawan Persatuan Mahasiswa UUM Pecinta Kucing memberi makanan kepada kucing terbiar di sekitar asrama UUM.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca