PANTUN merupakan puisi Melayu yang paling popular sejak zaman dahulu lagi.

Melalui pantun, ia boleh menzahirkan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian, agama, adat, telatah dan corak hidup masyarakat.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Selain itu, seni pantun juga boleh menjadikan kata-kata nasihat atau pedoman hidup disampaikan secara penuh berbudi bahasa kepada seseorang.

Seperti serangkap pantun yang dikongsi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semalam yang menjadi perhatian ramai.

Pantunnya berbunyi;

“Pandang-pandang kiri dan kanan,
Melintas jalan berkira-kira,
Kurang ringgit boleh dicari,
Kurang akal habis bicara.”

Perkongsian itu ternyata menarik perhatian warga maya apabila mendapat hampir 1,000 komen berbentuk pantun seolah membalas semula rangkap yang diberi DBP.

Curi atau terambil barang orang tulis

Hasil tinjauan, pantun-pantun yang diberikan warga maya berbentuk sopan dan memberi nasihat yang sangat berguna buat semua.

Antara yang menarik perhatian;

“Anaknya angsa berlari-lari,
Menyudu selut di tepi rumah,
Budi bahasa cerminan diri,
Jagalah mulut berkata hemah.”

Iklan

“Ke kedai serbaneka membeli kacang,
Untuk dikongsi bersama rakannya,
Perkara boleh dibawa berbincang,
Ikutkan amarah buruk padahnya.”

Baca juga Sudah terima permohonan maaf Kak Long, wakil 7-Eleven ‘buka mulut’ kongsi kisah sebenar

“Bila emosi meruntun jiwanya,
Budi bahasa menjadi sirna,
Apa yang jadi ada hikmahnya,
Jadi pengajaran buat semua.”

Iklan

“Sopan santun anak Melayu,
Senyum terukir bila disapa,
Adat kita sejak dari dulu,
Bahasa kita budaya kita.”

“Kadang datang kadang pergi,
Jangan mudah berkecil hati,
Ada duit semua mampu dibeli,
Hati budi juga dibawa mati.”

Sumber: Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.