Lain daripada yang lain, Tony Fernandes perkenal anak ketiga di LinkedIn

A
A
A

KELAHIRAN anak adalah momen yang amat bermakna bagi setiap pasangan yang bekahwin.

Kehadiran cahaya mata membawa seribu satu makna dan kebahagiaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes dan isteri, Puan Sri Chloe Kim baru sahaja menyambut kelahiran bayi mereka yang diberi nama Aaliyah Ena.

Istimewanya, pasangan itu mengabadikan kenangan indah menyambut kelahiran anak ketiga mereka dengan cara yang berbeza iaitu dengan memperkenalkannya menerusi rangkaian profesional terbesar di dunia, LinkedIn.

"I'm a father again, saya mempunyai dua orang anak dan sekarang anak ketiga. Aliyah Ena, selamat datang ke dunia," katanya di di rangkaian itu.

Aliyah Ena Fernandes seberat 3.16 kilogram semasa dilahirkan pada 14 Ogos 2021. Bayi itu mempunyai darah kacukan Korea daripada ibunya, Chloe yang berasal dari negara itu.

Tony dan Chloe mendirikan rumah tangga pada Oktober 2017 dan perkahwinan mereka diadakan di Cote d'Azur, Perancis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca