Lawatan mengejut ke Maran, Agong pandu kereta sendiri redah banjir

A
A
A

YANG  di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memandu sendiri kenderaan meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) hari ini ketika dalam perjalanan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Maran.

Menerusi perkongsian Facebook Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan mengejut ke daerah Maran bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di situ.

Baginda juga dilaporkan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda itu.

Selain itu, Facebook Istana Negara turut berkongsi video dan gambar-gambar perjalanan melawat mangsa banjir.

Turut berangkat sama, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Lawatan mengejut ke Maran, Agong pandu kereta sendiri redah banjir

Lawatan mengejut ke Maran, Agong pandu kereta sendiri redah banjir

Sementara itu, dalam perjalanan ke Maran, Al-Sultan Abdullah turut sempat berhenti di Plaza Tol Karak dan bertanya khabar kepada pemandu-pemandu lori yang terkandas.

Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong turut berkenaan menyampaikan sumbangan makanan kepada pemandu-pemandu lori berkenaan.

Semalam, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyantuni mangsa banjir di daerah Raub, Pahang.

Artikel berkaitan: “Jaga kesihatan dan keselamatan diri, jangan bermain air banjir” – Titah Tengku Hassanal

Lawatan mengejut ke Maran, Agong pandu kereta sendiri redah banjir

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca