Lelaki sebak beli gelang emas untuk isteri, 3 anak guna duit moratorium, ini sebabnya...

Untitled design (85)
Untitled design (85)
A
A
A

KAEDAH moratorium kerap digunakan sebagai satu bentuk bantuan kewangan langsung bagi membantu peminjam menangguhkan bayaran seterusnya mempunyai simpanan dalam menghadapi situasi mencabar.

Bagaimanapun, lain pula bentuk simpanan yang dilakukan oleh bapa kepada lima cahaya mata dari di Klang, Selangor ini.

Nor Faisal Ishak, 46, berkata, beliau memilih untuk membelikan emas. Biarpun demikian, ia tidaklah dilakukan secara 'suka-suka' sebaliknya ada niat menyentuh hati yang dikongsikannya dengan SinarPlus.

"Kalau saya tidak membelinya (emas) sekarang untuk isteri dan anak-anak, saya tak tahu bila lagi saya akan dapat belikan untuk mereka. Niat pemberian itu sebagai sentimental value untuk saya.

"Memang ada yang 'tegur' kenapa tak simpan? Tapi bagi saya itu pun bentuk simpanan saya. Ia juga adalah salah satu bentuk aset," kongsi Nor Faisal.

Terdahulu posting nya berkenan pembelian emas itu sungguh menyentuh hati warganet yang menyokong tindakannya dengan  pemberian kepada orang yang tersayang. Perkongsiannya itu tular di medsos sejak ia dimuatnaik malam tadi hingga petang ini.

Dah niat untuk anak

Duit moratorium, aku dah niat, nak belikan "gelang getah" untuk anak-anak dara aku. Dari bulan April hari tu lagi aku dah bagi tahu orang rumah,

"Yang, abang teringin nak belikan budak-budak ni " gelang getahlah". Kesian, diaorang tak pernah merasa pakai "gelang getah" lagi.

Sebagai ayah, bila aku tengok diaorang togel je kat tangan, aku rasa bersalah. Kurangnya adalah seurat besar gelang getah pun jadiklah.

Jadinya, tadi, aku ajaklah orang rumah dengan budak-budak jalan-jalan. Konon. Padahal aku hala ke kedai jual "gelang getah'. Bila sampai, orang rumah pun dah besarkan mata.

Aku sengih kambing.

Bila masuk kedai, budak-budak bersorak,

" Ayah nak belikan kami gelang ke yah. Uiyooo seronoknya yah."

Kita nak yang tu yah, kata Qaisara. Ecya nak ni. Keena je senang, dia tunggu je. Ragam, 3 anak dara aku yang makin membesar.

Bila, gelang dah terlekat di tangan, ketiga- ketiganya peluk aku, siap cium. Pekerja di kedai dan pelanggan yang lain menyaksikan adegan penuh sentimental itu.

" Ayah tak banyak duit. Ayah dapat belikan yang kecik ni je ye. Kalau ayah ada banyak duit, ayah belikan yang besar sikit. Korang suka tak?"

"Suka yah. Terima kasih."

Serentak suara ketiga anak dara aku menjawab. Aku sebak di dada bila mereka nampak ketara gembiranya siap terus pakai. Tangan masing-masing dah rupa tangan patah. Kekok bila ada "gelang getah" di tangan.

Kesiannya anak-anak dara aku. Salah aku sebab tak belikan untuk mereka dahulu lagi.

Orang rumah senyum tengok anak-anaknya.

Aku tanya,

"Ayang nak tak? Carilah satu yang lebih kurang macam bebudak punya. Abang takdelah banyak bajek, tapi kalau kena harga, abang belikan. Nak tak?"

Terus bercahaya matanya. Orang rumah pun jarang aku belikan. Silap aku, sebagai seorang suami yang tak memahami psikologi wanita.

"Abang biar betul. Cukup ke duit? Tak payahlah. Belikan je untuk budak cukup. Orang takde tak apa.".

Orang rumah aku, memang tak menyusahkan. Aku nak belikan, dia tetap begitulah soalannya.

"Dik, kau carikan untuk akak ni satu, yang designnya sama dengan budak-budak, yang harganya sama macam budak-budak punya."

"Baik bang".

Laju budaktu buat kerja, tau-tau di tangan orang rumah, terpasang seutas gelang getah baru. Aku suka tengoknya. Suka tengok dia senyum. Senyum bahagia sebab tak sangka kot aku belikan seutas untuk dia.

Inilah kisah seorang ayah dan suami yang berwajah bengis. Petang ini dia kalah dengan anak dara dan isterinya. Jauh di hatinya,

"Kalau aku mati, taklah aku ralat sebab tak belikan untuk diaorang seutas gelang getah yang mungkin jadi kenangan abadi sepanjang usia mereka di dunia ini. "

Sebak dada aku bila tengok kebahagiaan yang terpancar di wajah mereka berempat petang ini. Semoga rezekiku melimpah ruah.

Ecya tanya,

"Ayah, bole tey titey patai gelang ni masey tido nanti? Keney butak tey ayah?".

"Pakailah Cya, Ecya sukey tan pakai tu?"

Kami pun berpelukan. Bahagia.

Sebab lain

Ada sebab lain yang dikongsikan Nor Faisal dengan SinarPlus di sebalik tindakannya itu. Lebih menyebakkan.

"Insya-ALLAH nanti saya kongsikan," katanya. -AG #janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca